• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Udang Galah Sampai RM45 Seekor, Ini Jawapan Pemilik Restoran

oleh AK-47
07/01/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEJAK kebelakangan ini, aduan mengenai restoran mengenakan harga makanan yang disifatkan terlalu tinggi hangat diperkatakan.

Antara yang mendapat perhatian, sebuah restoran 24 jam di Putrajaya yang pernah dilaporkan di Harian Metro menerusi artikel bertajuk ‘Udang galah cekik darah’ kerana didakwa mengenakan harga tidak munasabah bagi hidangan udang galah goreng.

Restoran mamak di Selera Putra, Putrajaya memaparkan harga udang galah serta makanan lain.
Restoran mamak di Selera Putra, Putrajaya memaparkan harga udang galah serta menu lain yang dalam kategori ‘bukan harga biasa’.

Walaubagaimanapun, restoran terbabit bertegas mereka ada alasan tersendiri mengapa mengenakan harga sehingga RM45 hanya untuk seekor udang galah goreng kepada pelanggan.

“Kami sudah pamer harga, terpulang kepada pelanggan untuk mengambil lauk itu atau tidak,” jelas salah seorang pekerja restoran tersebut.

Menurut pekerja restoran yang enggan dikenali itu, harga udang galah sememangnya dinaikkan sejak sebulan lalu memandangkan ia diimport dari India, Sri Lanka serta beberapa negara lain.

“Kami membelinya guna dolar Amerika Syarikat. Oleh kerana ringgit susut, kami terpaksa membayar harga mahal untuk mendapatkan udang galah itu daripada pembekal,” katanya.

Tambahnya, sebelum ini restoran itu menjual seekor udang galah pada harga sekitar RM35 hingga RM40 namun kejatuhan nilai mata wang negara membuatkan harga itu terpaksa dirombak. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: Harian Metro

Tags: udang galah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Udang Galah Kian Galak Musim Hujan

07/09/2018
0

ALOR GAJAH - Hujan lebat di sekitar kawasan Masjid Tanah sejak tiga hari lalu menyebabkan nelayan di Sungai Ramuan Cina,...

Isu Udang Galah Murah Mudarat Kesihatan

15/08/2018
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum isu yang tular di media sosial dan laporan pihak media massa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd