• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ucap Selamat Buat “Tokoh Paling Mesra Di Malaysia Terhadap Singapura”

oleh Ahmad Albab
12/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Warga Singapura turut mendoakan semoga Datuk Seri Najib Tun Razak segera sembuh dan dalam ucap selamat menerusi laman Facebook itu, seorang daripada mereka menyifatkan perdana menteri Malaysia sebagai “tokoh paling mesra di Malaysia terhadap Singapura”.

Ini susulan status Facebook Perdana Menteri Lee Hsien Loong pada 9 Januari, yang mendoakan mudah-mudahan rakan sejawatannya itu yang menjalani pembedahan kecil di Hospital Kuala Lumpur, segera sembuh.

Hsien Loong memberitahu 934,996 pengikut Facebook beliau yang menandakan ‘like’: “PM Najib Razak menjalani pembedahan hari ini untuk membuang ketumbuhan kecil benigna pada tangan kanannya. Gembira mendengar ia berjaya dan berjalan lancar.

Moga beliau segera sembuh dan harap-harap dapat bertemu beliau tidak lama lagi. LHL.”

Dalam mengulangi status Lee yang mendapat 4,877 ‘like’ dan dikongsi 224 kali setakat ini, Janarie Donald berkata: “Tuan PM Hsien Loong, ya… doakan beliau moga segera sembuh.

Beliau seorang daripada tokoh paling mesra di Malaysia terhadap Singapura. Saya akui.

Chee Ivan berkata: “Tuan, sehingga sekarang, pemimpin ini sangat mesra terhadap negara kita, terima kasih kerana memaklumkan kepada kami. Sebagai warga Singapura, saya doakan moga beliau segera sembuh.”

Selain mendoakan Najib, seorang daripada mereka meminta agar perdana menteri Malaysia tidak terlalu runsing, sebaliknya menumpukan usaha untuk kebaikan Malaysia.

Jerry Sierra berkata: “Doakan PM Najib Razak segera sembuh dan kembali pulih supaya beliau tidak terlalu runsing dan dapat memberi sepenuh tumpuan dalam meletakkan Malaysia di landasan yang betul.”

Selain itu, pengikut laman Facebook itu turut menyuarakan harapan mereka agar hubungan antara kedua-dua negara terus diperkukuhkan.

Joseph Tan: “Saya gembira mendengar PM Najib Razak berjaya menjalani pembedahan kecil. Pada penilaian saya, beliau setakat ini merupakan PM terbaik bagi Malaysia untuk menjalin hubungan menang-menang dengan negara jiran terdekat, Singapura. Semoga beliau dapat menguruskan serta mengatasi cabaran getir dalam kepimpinannya bagi tahun-tahun mendatang.”

Ada antara mereka yang mengambil peluang menyatakan harapan mudah-mudahan 2016 menjadi tahun yang lebih baik bagi Najib.

Yi Feng Niang berkata: “PM Najib seorang yang baik kepada SG (Singapura) tetapi sedang melalui masa yang amat sukar, kasihan beliau. Mudah-mudahan 2016 menjadi tahun yang lebih baik bagi beliau dan rakyat Malaysia!” – BERNAMA

Tags: Najib Tun RazakSingapura
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

09/04/2026
0

REMBAU - Pemimpin negara lain diharap tidak membuat kenyataan berhubung pendekatan Malaysia dalam mendepani isu sekatan di Selat Hormuz. Menurut...

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

08/04/2026
0

SINGAPURA, 8 Apr - Singapura menegaskan tidak akan terlibat dalam sebarang rundingan dengan Iran berhubung laluan selamat kapal atau kadar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd