• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tweet Terlalu Pendek, Twitter Rancang Tambah 10,000 Karakter

oleh Ahmad Albab
06/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON – Laman sosial mikro, Twitter Inc sedang menyediakan ciri baharu yang membolehkan pengguna memuat naik posting lebih panjang sehingga mengandungi 10,000 karakter, melebihi had 140 karakter ketika ini.

Twitter dalam laman web beritanya, Re/code hari ini melaporkan, apabila had 10,000 karakter itu diperluaskan, ia membolehkan pengguna memuat naik lebih 1,000 perkataan dengan adanya ruang bagi setiap perkataan dijarakkan selain penggunaan noktah dan simbol.

Twitter dijadual melancarkan perkhidmatan terbaharu itu penghujung suku pertama tahun ini namun tarikh rasmi belum ditetapkan.

Re/code yang memetik sumber berkata, had karakter dalam tweet pengguna itu mungkin akan dimulakan sebelum versi terakhir produk diperkenalkan.

Pengasas bersama Twitter, Jack Dorsey, yang kembali semula sebagai Ketua Eksekutif pada Oktober lalu dalam beberapa siri tweetnya bagaimanapun tidak menyebut bahawa laman sosial itu akan memperluaskan lagi penggunaan karakter.

Namun baru-baru ini beliau ada menyebut mengenai ‘ketidak selesaan yang menarik’ merujuk kepada had ruangan muat naik posting dalam laman itu.

Beliau berkata, syarikat mendapati lebih ramai pengguna laman itu kini berkongsi paparan skrin menerusi teks yang sukar untuk memenuhi had ruang 140 karakter.

“Kami tidak akan segan untuk membangunkan perisian yang membolehkan orang ramai menggunakan sepenuhnya laman Twitter,” kata Dorsey yang menulis dalam paparan skrin yang melebihi 140 karakter. – Reuters

[wpdevart_youtube]zgFQ5s2e8q0[/wpdevart_youtube]

Tags: Twitter
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kisah Pembunuh Twitter Jepun Yang Berakhir Di Tali Gantung

Kisah Pembunuh Twitter Jepun Yang Berakhir Di Tali Gantung

19/10/2025
0

TAKAHIRO SHIRAISHI: “PEMBUNUH TWITTER” JEPUN DIGANTUNG SAMPAI MATI Oleh Mynewshub  TOKYO, 27 JUN 2025 – Jepun telah melaksanakan hukuman gantung...

Elon Musk Mahu Tukar Logo Twitter

Elon Musk Mahu Tukar Logo Twitter

24/07/2023
0

WASHINGTON – Manusia paling kaya di dunia. Elon Musk semalam menyatakan bahawa beliau merancang untuk menggantikan logo Twitter, lapor portal...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd