Friday, March 1, 2024

Creating liberating content

SPRM Digesa Buka Semula...

KOTA KINABALU - Ahli Majlis Tertinggi Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) meminta Suruhanjaya...

La Liga: Real Terus...

MADRID - Pemain terbaik dunia, Cristiano Ronaldo menegaskan tidak berniat untuk memperlahankan gerakannya...

Krisis Air: Restoran Nafi...

KUALA LUMPUR - Baru-baru ini tular dalam laman sosial, sekeping resit bayaran di...

Batal Kahwin Kerana Bakal...

NEW DELHI - Seorang lelaki bertindak membatalkan perkahwinannya selepas berang apabila keluarga perempuan...

‘Tok Pa Perunding Terbaik TPPA’ – Akui Pakar Ekonomi Asing

KUALA LUMPUR – Malaysia muncul satu-satunya negara diberi klausa ‘pilih keluar’ dalam satu surat sampingan kepada Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), kata Ketua Pakar Ekonomi Asian Development Bank, Jayant Menon.

“Ini sebenarnya membolehkan Malaysia untuk menarik diri daripada TPPA walaupun tanpa cuba meratifikasikan perjanjian itu di Parlimen. Tiada negara lain yang terlibat dalam TPPA boleh melakukannya seperti Malaysia.

“Bagaimana Malaysia mampu perolehnya, saya tidak tahu tetapi, saya fikir Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed merupakan seorang perunding yang hebat,” akui beliau.

Jayant menyatakan demikian pada Forum Ekonomi ASEAN di sini Jumaat dan menambah, Malaysia mungkin negara yang paling berjaya memperoleh pengecualian dalam banyak aspek sensitif tertentu.

Ini termasuk perkara dianggap cukup sensitif seperti perolehan kerajaan, pembaharuan perusahaan negara atau syarikat berkaitan kerajaan dan perlindungan dalam sesetengah bidang pembaharuan harta intelek.

“Dengan begitu banyak pengecualian khas diberi, kemungkinan sebenarnya langsung tiada masalah besar untuk pihak kerajaan Malaysia menyertai TPPA pada akhirnya,” kata beliau lagi secara berterus terang.

Untuk rekod, Mustapa turut dikagumi perunding dari negara-negara lain apabila sanggup ‘bersengkang mata’ 24 jam selama beberapa hari ketika proses memuktamadkan draf TPPA di Amerika Syarikat (AS) akhir tahun lalu.

TPPcountriesmap

Baca: Isu TPPA – Malaysia Berjaya Pertahan Kedaulatan

Juga: Malaysia Boleh Tarik Diri Jika ‘Kurang Selesa’ TPPA

Lagi: TPPA – Antara Manfaat Yang Tiada Siapa Hendak Tahu

Bagaimanapun Jayant berpendapat, TPPA itu sendiri mungkin tidak menjadi realiti jika ia tidak diluluskan pula oleh Kongres AS di Washington DC yang ketika ini majoriti dikuasai oleh pihak pembangkang.

“Tiada jaminan ia akan mudah direalisasikan. Parti Republikan di Kongres AS perlu disokong dalam jumlah undi yang besar memandangkan wakil Demokrat dari awal lagi telah pun menentangnya.


“Politik memainkan peranan besar ketika ini. Tiada jaminan TPPA yang diusahakan Presiden Barack Obama akan mudah diluluskan pihak Kongres AS. Kita hanya perlu tunggu dan lihat,” ujar beliau lagi.

Jayant memberi pandangan itu ketika berucap sebagai anggota panel pada forum tersebut mengenai struktur perdagangan serantau yang semakin berkembang dan reaksi pasaran terhadapnya.

Mengenai pembentukan Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) seperti blok Kesatuan Eropah, beliau bersetuju dengan Deklarasi Kuala Lumpur yang menyatakan ia bukan satu destinasi namun satu perjalanan.

Malah jangkaan yang adil terhadap penyempurnaan pelaksanaan AEC sepatutnya pada 2025 dan berdasarkan kajian terbaharu, lebih banyak aktiviti selain program kesedaran perlu dijalankan untuk meningkatkan profilnya.

Mengenai tonggak keempat AEC iaitu penyepaduan blok 10 negara rantau Asia tenggara itu ke dalam ekonomi global, Jayant berkata ia menjadi antara bidang kejayaan ASEAN.

“ASEAN mampu guna fahaman serantau untuk benar-benar promosi globalisasi. ASEAN sentiasa buka pintunya. Perdagangan dalam negara ASEAN kian berkembang malah akan lebih berkembang dengan AEC,” katanya.

– Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori