• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TMJ Minta Kerajaan Kaji Penggunaan Media Sosial

oleh Ahmad Albab
19/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertitah supaya kerajaan mengkaji semula penggunaan media sosial kerana ia telah digunakan sebagai platform untuk memecahbelahkan masyarakat negara ini.

Baginda memberi contoh usaha untuk memecahbelahkan masyarakat melalui media sosial dengan melemparkan pelbagai tohmahan tidak benar ke atas bola sepak Johor oleh mereka yang mencemburui negeri dan rakyat Johor.

Titah baginda, Johor dicemburui sejak kemerdekaan negara pada tahun 1957 kerana sentiasa menjadi lebih moden serta unik berbanding negeri-negeri lain.

“Ini adalah hakikatnya sejak dahulu dan orang akan sentiasa cemburu dengan Johor. Tetapi apabila negara dalam kekacauan, anda mengusulkan kepada Sultan Johor dan Tunku Mahkota Johor untuk menyuarakannya kepada pemimpin anda. Anda lupa apa yang anda lakukan membuat Bangsa Johor termasuk diri saya seolah-olah kami orang luar.

“Saya menggesa kerajaan agar benar-benar melihat situasi ini. Kerajaan benar-benar perlu untuk mengukuhkan pendirian mereka ke atas media dan media sosial di mana ia boleh menjadi satu platform untuk memecahbelahkan rakyat kerana bola sepak ini melibatkan masyarakat yang besar,” titah baginda dalam satu rakaman video yang disiarkan di laman Facebook Johor Southern Tigers semalam.

Baginda berkata demikian sebagai mengulas dakwaan beberapa laman Facebook sukan bola sepak tempatan kononnya bola sepak Johor bakal disaman kerana meniru iklan Nike yang dibuat di Brazil pada tahun 1998.

Tunku Ismail dalam pada itu melahirkan rasa kecewa dengan kaum Melayu yang mempersoalkan dan mengutuk institusi diraja dan pasukan bola sepak sedangkan perkara itu tidak pernah dilakukan oleh kaum lain.

“Mereka lebih berusaha untuk mencari rezeki demi keluarga mereka, sedangkan kaum saya berusaha untuk membunuh sesama sendiri.

“Ini adalah kelemahan orang Melayu sejak dahulu lagi. Jika anda mahu negara ini maju ke hadapan dan mahu keadaan bola sepak untuk terus membangun sila tukar mentaliti dan minda anda,” titah baginda. – MYNEWSHUB.CC

Tags: media sosialTMJ
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kos PRN Sarawak Dianggarkan RM181 Juta

Next Post

Menghadapi Keguguran Cahaya Mata

Related Posts

Ada JDT Kata Nak Tarik Diri – TMJ

Ada JDT Kata Nak Tarik Diri – TMJ

05/05/2025
0

PEMILIK kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail mendedahkan bahawa perbelanjaan kelab Harimau Selatan adalah antara yang paling rendah...

Legenda Liverpool Hargai Peluang Diberikan TMJ

Legenda Liverpool Hargai Peluang Diberikan TMJ

02/04/2025
1

KETUA Pegawai Eksekutif (CEO) Johor Darul Ta'zim (JDT), Luis Garcia berterima kasih kepada Pemilik Harimau Selatan, Tunku Mahkota Ismail yang...

Next Post

Menghadapi Keguguran Cahaya Mata

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd