• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tindakan Tegas Kepada Pihak Cuba Ganggu Thaipusam

oleh Ahmad Albab
21/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Polis akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang cuba mengganggu ketenteraman awam semasa sambutan Thaipusam Ahad ini, kata Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk A. Thaiveegan.

Beliau berkata semua pihak perlu menghormati upacara keagamaan itu dengan tidak membuat huru-hara sehingga menimbulkan suasana kurang senang.

“Kami minta semua pihak menghormati antara satu sama lain dan mengikut peraturan serta undang-undang yang ditetapkan supaya tidak berlaku kekecohan.

“Polis tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas kepada mana-mana kumpulan atau pihak yang cuba menimbulkan kekecohan seperti membuat bising ketika upacara keagamaan berlangsung,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Sementara itu, beliau berkata beberapa jalan di sekitar George Town, di sini akan ditutup secara berperingkat mulai Sabtu (23 Jan) bermula pukul 6 pagi berikutan perarakan kereta berhala dari kuil di Lebuh Penang ke Kuil Arulmigu Balathandayuthapani di Jalan Kebun Bunga iaitu sejauh kira-kira 10 kilometer.

Thaiveegan berkata jalan yang terlibat ialah Lebuh Chulia, Lebuh Victoria, Jalan Prangin, Jalan C.Y Choy, Jalan Magazine, Jalan Datuk Kramat, Jalan Utama dan Jalan Air Terjun.

Beliau berkata pada Ahad (24 Jan) pula, polis juga akan menutup sepenuhnya Jalan Utama, Jalan Kebun Bunga, Jalan Gottlieb, Jalan Burma, Jalan Brown, Jalan Tunku Abdul Rahman, Lorong Air Terjun dan Jalan D.S. Ramanathan.

“Pada Isnin jalan yang dilalui perarakan kereta berhala semasa Sabtu akan ditutup sekali lagi secara berperingkat bermula pukul lima petang hingga tengah malam kerana ia akan berarak balik dari Kuil Arulmigu Balathandayuthapani ke Kuil Lebuh Penang,” katanya.

Beliau berkata pihaknya menjangkakan lebih ramai pengunjung menghadiri perayaan Thaipusam tahun ini berikutan cuti hujung minggu yang panjang iaitu bermula Sabtu hingga Isnin.

Katanya seramai 1,500 pegawai dan anggota polis akan bertugas 24 jam untuk menjaga keselamatan orang ramai sempena tiga hari perayaan itu dan jumlahnya akan ditambah mengikut keperluan.

“Polis memohon kerjasama orang ramai supaya mematuhi peraturan lalu lintas dan meletakkan kenderaan di kawasan yang telah ditetapkan dan tidak menghalang perjalanan orang lain,” katanya. – BERNAMA

Tags: polisThaipusam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd