• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Timbalan Pendakwa Raya Mengaku Tak Bersalah Terima Suapan

oleh Ahmad Albab
19/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAWAU – Seorang Timbalan Pendakwa Raya dan rakannya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan meminta dan menerima rasuah masing-masing membabitkan jumlah RM50,000 dan RM40,000, daripada dua individu, Mei lepas.

Kamalia Yahdi, 33, yang bertugas di Jabatan Peguam Negara Tawau pada ketika itu bersama rakannya Chang Voon Kiat, 45, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Dean Wayne Daly semasa pertuduhan dibacakan.

Mengikut pertuduhan pertama, Kamalia didakwa meminta suapan bernilai RM50,000 daripada Shang Yee Chew dan Chang Fui Hsia bertempat di Cafe@7 Hotel Promenade di sini, pada kira-kira 5 petang, 15 Mei lepas.

Ia sebagai dorongan membantu menarik balik dua kes yang sedang dibicarakan di Mahkamah Majistret Tawau.

Bagi pertuduhan itu, kamalia didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (ASPRM) 2009 yang boleh dihukum di bawah Seskyen 24 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan didenda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 memgikut mana yang lebih tinggi.

Sementara itu Chang yang bertindak sebagai ‘orang tengah’ kepada Kamalia dituduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 16(a)(B) SPRM kerana meminta wang suapan bernilai RM40,000 daripada Shang di Kuhara Court Apartment di sini, pada 20 Mei lepas kira-kira 2.10 petang.

Bagi pertuduhan kedua, Kamalia dan Chang didakwa masing-masing melakukan kesalahan menerima suapan bernilai RM40,000 bertempat di Cafe@7 Hotel Promenade, antara kira-kira pukul 9 malam dan 10 malam, pada 20 Mei lepas.

Hakim menetapkan 19 Feb untuk sebutan semula kes dan kedua-dua tertuduh dibenarkan ikat jamin RM20,000 setiap seorang dengan seorang penjamin.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Norzilati Izhani Zainal; Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Awang Samsul Baharam Bungso.

Kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam. – BERNAMA

Tags: mahkamahrasuah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Reformasi Sebenar Kadangkala Tidak Lantang – Nurul Izzah

Reformasi Sebenar Kadangkala Tidak Lantang – Nurul Izzah

26/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelantikan Ketua Pesuruhjaya baharu tidak dengan sendirinya melahirkan sebuah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu. Menurutnya,...

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin berkongsi detik menyentuh hati...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd