• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Jamuan Dalam Mesyuarat Kerajaan – KSU Perbendaharan

oleh
02/02/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Selama ini tiap kali ada mesyuarat kerajaan tidak kira apa jenis peringkat, jenuh jamuan itu dan ini… sedar tidak sedar Malaysia merupakan antara negara paling ramai orang gemuk di benua Asia.

Kali ini berikutan langkah kerajaan untuk mengoptimumkan segala jenis perbelanjaan rasmi, maka tiada lagi jamuan ketika mesyuarat diadakan, kata Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Irwan Serigar.

“Semasa mesyuarat pun, sudah tiada kuih muih disediakan. Hanya botol air mineral. Di majlis sebesar ini pun, kami tidak menyediakan makan tengah hari meskipun ia sudah melangkaui jam dua petang.

Beliau kemudian merujuk suasana program yang dihadirinya sempena Majlis Perutusan Khas Pengubahsuaian Bajet 2016 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di PICC di sini pada Khamis.

“Hanya air mineral di dalam botol sahaja yang kami sediakan,” jelas Irwan apabila menyentuh mengenai amalan mengoptimumkan setiap perbelanjaan ketat yang mula dilaksanakan pihak kerajaan pada ketika ini.

Lazimnya apa-apa majlis anjuran kementerian mahu pun agensinya, tetamu dihidangkan dengan jamuan bermula sarapan pagi sehingga makan tengah hari atau minum petang mengikut tempoh durasi majlis tersebut.

“Malah kini tiada lagi penerbangan kelas pertama. Tidak kira anda pegawai tertinggi kerajaan atau siapa pun, mereka hanya boleh diizin menaiki penerbangan kelas perniagaan atau ekonomi sahaja,” katanya.

Langkah itu diambil bagi mengurangkan perbelanjaan kerajaan akibat daripada penyusutan perolehan disebabkan kejatuhan harga minyak mentah global serta persekitaran ekonomi dunia yang tidak menentu.

Selain itu, semua jabatan kerajaan turut mengambil pelbagai inisiatif dengan berbelanja secara penuh berhemah, antaranya tiada juga sebarang risalah atau buku atucara majlis disediakan seperti mana biasa.

Perdana Menteri ketika membentangkan pengubahsuaian Bajet 2016 telah mengumumkan penjimatan sebanyak RM9 bilion dalam kos perbelanjaan mengurus dan pembangunan berbanding unjuran asal.

Kerajaan kata Najib yang juga Menteri Kewangan, akan tetap meneruskan perbelanjaan berhemah dengan mengutamakan program dan projek yang dikenal pasti berimpak tinggi kepada negara serta rakyat.

Namun begitu berita baiknya ialah pengurangan bajet tersebut tidak pula melibatkan pemotongan emolumen kakitangan awam, pencen pesara malah tidak akan menjejaskan sistem penyampaian kerajaan.

Kerajaan juga tidak akan menghentikan mana-mana penjawat awam termasuk lantikan secara kontrak sekali gus menepis tohmahan jahat pihak tertentu kononnya akan berlaku pemberhentian kakitangan awam.

– Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Bajet 2016
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

236 Pelancong Dihalang Masuk Sabah Tahun Lepas

Next Post

Najib Tegas Namun Prihatin Dalam Pengubahsuaian Bajet 2016

Related Posts

Tidak Perlu Pengubahsuaian Bajet Lagi Buat Masa Ini

19/02/2016
0

SAN FRANCISCO - Tidak ada keperluan bagi pengubahsuaian seterusnya Bajet 2016 buat masa ini kerana harga minyak mentah dijangka stabil...

Perlis Tidak Terjejas Dengan Pengubahsuaian Bajet – Azlan Man

01/02/2016
0

KANGAR - Perlis tidak terkesan dengan pengubahsuaian Bajet 2016 yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini malah...

Next Post

Najib Tegas Namun Prihatin Dalam Pengubahsuaian Bajet 2016

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd