• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Syarikat Perumahan Perlu Serius Bangun Projek Perumahan Mampu Milik

oleh Ahmad Albab
10/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LUMUT – Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir meminta semua syarikat perumahan yang terlibat dalam menyediakan rumah mampu milik supaya serius dalam melaksanakan projek berkenaan.

Beliau berkata kebanyakan syarikat yang terlibat berdepan dengan pelbagai masalah sehingga menyebabkan projek terbantut dan akhirnya memberi kesan kepada rakyat.

Zambry berkata kerajaan negeri mengambil inisiatif menjalin kerjasama dengan syarikat-syarikat pemaju untuk membangunkan projek perumahan di tanah milik kerajaan sebagai usaha membantu golongan kurang berkemampuan.

“Harga mestilah dalam lingkungan mampu milik bergantung kepada kawasan. Kalau kawasan itu lebih maju, syarikat boleh menaikkan sedikit harga, namun perlu mengikut harga dalam lingkungan ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis pecah tanah projek pembangunan kuarters penjawat awam negeri Perak di Wilayah Lumut Kiri, di sini Ahad.

Menyentuh mengenai projek pembangunan kuarters penjawat awam itu, Zambry berkata ia dijangka siap dalam tempoh 18 bulan dari sekarang dan menelan kos RM25 juta.

Katanya projek kuarters 10 tingkat itu akan mempunyai 100 unit rumah berkeluasan 1,100 kaki persegi setiap satu.

Ini merupakan usaha kerajaan negeri untuk membantu kumpulan sokongan dan mereka yang layak hanya perlu membayar ansuran pinjaman perumahan antara RM200 hingga RM250, katanya. – BERNAMA

Tags: RumahZambry Abdul Kadir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jadikan Kawasan Rumah YB Dahulu Sebagai Projek Permulaan – Akmal Saleh

Jadikan Kawasan Rumah YB Dahulu Sebagai Projek Permulaan – Akmal Saleh

23/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh secara sinis mencadangkan projek penternakan babi dibuat di kawasan...

Rakyat Disaran Tanam Sayur Sendiri Hadapi Impak Global

Rakyat Disaran Tanam Sayur Sendiri Hadapi Impak Global

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia diseru menanam sendiri sayur-sayuran bagi menangani impak rantaian bekalan makanan global akibat konflik di Asia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd