Sunday, July 21, 2024

Creating liberating content

Gazidis Bakal Tinggalkan Arsenal,...

KETUA Eksekutif Arsenal, Ivan Gazidis bakal menjadi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu AC...

Muit Ahmad: Menyamar Untuk...

Oleh: Datuk Akmar Hisham Mokhles NAMA bekas Staf Sarjan Muit Ahmad, tidaklah begitu asing...

Tuduhan Miliki Ratusan Juta...

SHAH ALAM – Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyifatkan...

Kes Jong-Nam: Mahkamah Sepang...

SEPANG - Kompleks Mahkamah Sepang sekali lagi menjadi tumpuan lebih 50 pengamal media...

Sumbat RM20 Di Faraj Mangsa Lepas Rogol Dari Senja Ke Subuh

KUCHING — Sudah jatuh ditimpa tangga. Begitulah nasib malang dialami seorang jurujual yang mengalami ‘mimpi buruk’ setelah dipaksa menelan dadah sebelum dirogol berulang kali dalam insiden ngeri pada Rabu lalu.

Lebih sadis, perogol berusia 31 tahun dan juga saudara teman serumahnya itu sempat lagi ‘sumbat’ wang kertas RM20 pada lubang kemaluan mangsa selepas puas memperkosanya hingga ke pagi di rumah sewa wanita tersebut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Sarawak, Senior Asisten Komisioner Dev Kumar Sree Shunmugam berkata, suspek dipercayai ceroboh rumah mangsa di Taman Seng Goon kira-kira 7 malam dan masuk ke bilik wanita itu.

Mangsa cuba melawan namun ‘tewas’ mengatasi kekuatan suspek yang mengikat wanita tersebut dan ugut akan mencederakannya dengan pisau sebelum dipaksa menelan sejumlah pil dadah sehingga dia menjadi khayal lemah.

vaginal

Ketika separuh sedar, perogol bertindak memperkosa mangsa beberapa kali sehingga ke pagi subuh keesokan hari dan ‘meninggalkan’ wanita itu dengan menyumbat wang RM20 di bibir faraj mangsa yang penuh sisa air maninya.


Dev Kumar memberitahu, suspek namun berjaya dicekup di rumahnya di Kampung Mongkos di Tebakang pada Khamis dan pihak polis turut merampas pisau selain tali pinggang yang digunakan dalam kes serangan seksual itu.

Siasatan awal polis mendapati, lelaki tersebut dipercayai tergamak memperkosa mangsa berulang kali tanpa henti dan belas kasihan sebagai balas dendam ekoran gagal dalam percintaan dengan bekas kekasihnya sebelum itu.

Suspek disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan rogol dan menurut Dev Kumar lagi, sejumlah 149 kes perkosa direkodkan di Sarawak sepanjang tahun lalu, majoriti melibatkan mangsa bawah umur.

– Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Baca: Faraj Kim Anami Mampu Angkat Berat Sehingga 5KG!

Juga: Suami Simpan 21 Kelentit Faraj Isteri Dalam Peti Sejuk

Lagi: Wanita UK Hasil Roti Daripada Jangkitan Yis Vagina!

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori