• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Skuad Negara Berwajah Baharu Di Piala Sultan Azlan Shah

oleh Ahmad Albab
22/01/2016
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Skuad hoki negara bakal tampil berwajah baharu apabila beraksi di kejohanan Piala Sultan Azlan Shah dari 16-25 April nanti.

Berbekal gandingan pemain senior dan remaja selain sentuhan jurulatih baharu, Stephen Van Huizen dan Pengarah Teknikal Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) Terry Walsh, adunan itu pasti diharap mampu mengembalikan maruah hoki negara.

“Pasukan ini akan tampil berwajah baharu dengan kombinasi pemain yang beraksi di Piala Remaja Asia di Kuantan, struktur baharu kejurulatihan serta pengarah teknikal,” kata Ketua Pegawai Eksekutif KHM, K Logan Raj kepada Bernama.

“Kejohanan ini akan menjadi pentas awal untuk Malaysia menyediakan diri bagi menghadapi kelayakan Piala Dunia 2018 dan Sukan Olimpik 2020,” katanya.

Kejohanan Liga Hoki Dunia (HWL) yang juga kelayakan untuk Piala Dunia 2018 di India akan bermula pada 2017 dengan Malaysia menganjurkan pusingan kedua daripada empat pusingan liga itu, manakala bagi Sukan Olimpik Tokyo 2020, HWL akan diadakan pada 2019.

Logan Raj mengesahkan tujuh pasukan iaitu India, Australia, New Zealand, Jepun, Pakistan, Kanada dan Malaysia akan bersaing di Piala Sultan Azlan Shah di Ipoh nanti.

“Belanda, German dan Great Britain menolak jemputan kita kerana mempunyai program sendiri. Kanada, antara negara yang layak ke Sukan Olimpik tahun ini, akan mengisi tempat Great Britain.

“Kejohanan kali ini akan membabitkan empat negara yang layak ke Sukan Olimpik Rio dan tiga daripada 10 pasukan terbaik dunia iaitu pasukan nombor satu dunia, Australia, India (tujuh) dan New Zealand (lapan),” katanya.

Malaysia gagal menyerlah dalam edisi tahun lepas apabila menduduki tangga tercorot daripada enam pasukan manakala New Zealand muncul juara buat kali kedua dengan menewaskan pemenang lapan kali, Australia 3-1 menerusi penentuan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2.

Sebagai rekod, Malaysia masih tercari-cari kejuaraan pertamanya di kejohanan ini walaupun menganjurkannya sejak 1983 (dari 1983 hingga 1998 kejohanan diadakan secara dwitahunan), dan muncul naib juara lima kali (1985, 2007, 2009, 2013 dan 2014) serta sekali di tempat ketiga pada 1999. – BERNAMA

Tags: hoki
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Ucap Tahniah Kepada Skuad Hoki Negara, Ada Ruang Perkemas Permainan 

PM Anwar Ucap Tahniah Kepada Skuad Hoki Negara, Ada Ruang Perkemas Permainan 

08/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada skuad hoki negara atas kejayaan melayakkan...

Skuad Projek Perkemas Aspek Pertahanan

23/11/2021
0

SKUAD projek khas lelaki negara akan memberikan tumpuan penuh terhadap aspek bertahan dalam situasi pukulan sudut penalti menjelang aksi pembukaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd