• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Siti Nurhaliza Paling Banyak Pencalonan Anugerah Meletop Era

oleh
28/01/2016
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Penyanyi Nombor Satu Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, mendominasi senarai lima teratas untuk Anugerah Meletop Era (AME) 2016 dengan empat pencalonan.

Beliau disahkan secara rasmi menjadi calon akhir dalam kategori Lagu Meletop menerusi Terbaik Bagimu, Penyanyi Meletop, Kumpulan/Duo Meletop dan Bintang Online Meletop.

Mengulas pencapaian rekod tertinggi pencalonannya itu, dengan nada teruja Siti Nurhaliza, 37; berkata, semuanya tidak akan berlaku tanpa sokongan daripada para peminat setianya sendiri.

“Alhamdulillah, Siti bersyukur kerana masih lagi diterima dengan baik dan terus dicalonkan dalam anugerah ini. Penghargaan seharusnya diberikan kepada semua peminat Siti, Sitizoners.

“Ini kerana mereka juga yang tidak pernah jemu dalam menyokong kerjaya seni Siti dari dahulu sehinggalah ke hari ini,” kata beliau lagi kepada portal BH Online pada lewat Selasa.

Dalam pada itu, Zizan Razak, Ayda Jebat, Johan, Shaheizy Sam, Emma Maembong dan naib juara Akademi Fantasia 2015, Syamel, masing-masing menerima tiga pencalonan dalam pelbagai kategori.

Majlis pengumuman senarai lima teratas AME diadakan di Bandar Sunway, di sini 26 Januari yang turut dihadiri Ketua Format & Program Realiti Astro, Namanzee Harris dan Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad.

Senarai lima calon akhir bagi 16 kategori anugerah itu dibuat berdasarkan kepada undian orang ramai menerusi fasa pertama undian, bermula dari 17 Disember 2015 sehingga 15 Januari lalu.

Pemenang bagi kategori Top Top Meletop (Lelaki dan Wanita) pula akan dipilih berdasarkan jumlah undian tertinggi dalam kalangan lima calon terbaik daripada semua kategori AME.

Menurut BH Online, semua pemenang untuk setiap kategori masing-masing bakal membawa pulang hadiah yang berbentuk wang tunai berjumlah RM5,000 dan sebuah trofi penghargaan.

Datuk AC Mizal, Nabil Ahmad dan Neelofa dikekalkan sebagai pengacara malam kemuncak AME 2016, yang turut dihangatkan dengan kemunculan Jihan Muse sebagai pengacara bersama.

Malam kemuncak AME 2016 berlangsung di Pusat Konvensyen CIDB, Kuala Lumpur pada 28 Februari. Siaran langsung majlis ini boleh ditonton menerusi saluran Astro Ria dan Ria HD. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

 

Tags: AC MizalAnugerah MeleTOPNabil AhmadNeelofasiti nurhaliza
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Neelofa, PU Riz Timang Anak Lelaki

31/01/2022
0

KUALA LUMPUR : Pelakon dan pendakwah bebas, Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz berkongsi khabar berita apabila isterinya, Neelofa...

Pakai Jam Tangan Mewah Jutaan Ringgit, Siti Memang Layak

08/11/2021
0

PETALING JAYA – “Dia layak memakainya.” Itu antara respons orang ramai mengenai video tular memaparkan penyanyi nombor satu negara, Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd