• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Shahrom Lepasi Jarak Dua Pertiga Penjelajahan Di Kutub Selatan

oleh Ahmad Albab
08/01/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penjelajah tunggal negara, Shahrom Abdullah sudah melepasi jarak dua pertiga penjelajahannya di Kutub Selatan selepas 27 hari berski dalam Misi Ekspedisi Kelab Eksplorasi Tujuh Benua Malaysia (KE7B) Rentas Kutub Selatan.

Penasihat Misi Ekspedisi KE7B Rentas Kutub Selatan 2015 Datuk Akmar Hisham Mohd Yusof berkata Shahrom telah mencapai jarak lebih 630 kilometer dalam tempoh 27 hari tanpa sebarang masalah.

“Alhamdulillah, saya mendapat maklumat bahawa Shahrom sudah melepasi jarak dua pertiga misi merentas Kutub Selatan dan ini memberi satu petunjuk yang baik untuk Shahrom menamatkan misi itu dengan jayanya.

“Jadi saya berharap, rakyat Malaysia sama-sama berdoa agar Shahrom berada dalam keadaan yang baik untuk menamatkan baki jarak penjelajahannya itu,”katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Akmar Hisham berkata Shahrom hanya perlu berski kurang 300 kilometer sahaja lagi untuk tiba di titik sifar darjah Kutub Selatan iaitu destinasi yang ditetapkan bagi melengkapkan misi merentas benua ais paling sejuk di dunia itu.

3

4

5

Shahrom kini secara konsisten berski sejauh 25 hingga 28 kilometer sehari dengan rutin perjalanan satu kilometer dan rehat selama 10 minit sambil bertukar posisi pengemudi arah dengan dua lagi penjelajah dari United Kingdom dan Jordan, katanya.

“Pada 24 Dis lalu, Shahrom tiba di lokasi pengambilan bekalan makanan yang ditetapkan untuk mengisi semula stok makanannya sepanjang ekspedisi itu. Setakat ini, Shahrom hanya berehat sehari iaitu pada 25 Dis lalu sempena cuti sambutan hari Krismas.

“Shahrom memulakan ekspedisinya pada 10 Dis lalu selepas tertangguh selama dua minggu akibat masalah penerbangan dari Union Glacier ke Messner Inlet kerana cuaca tidak mengizinkan,” kata Akmar.

Shahrom, 36, atlet sukan lasak negara kini dalam misi 60 hari merentas Kutub Selatan menggunakan ski sejauh 1,000 kilometer dari Messner Inlet ke titik kosong darjah.

Sekiranya berjaya menamatkan penjelajahan itu, beliau bakal mencipta satu rekod baharu sebagai rakyat Malaysia pertama merentas benua Antartika dengan berski sejauh 1,000 kilometer.

KE7B dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak pada awal bulan Julai 2015.

Akmar Hisham berkata dalam misi ekspedisi itu, Shahrom turut membawa bekas air istimewa I-MIZU, tajaan daripada sebuah syarikat Bumiputera, yang akan membolehkan beliau menggunakannya untuk menukar air daripada salji yang dicairkan untuk diminum.

Air itu juga akan bertukar menjadi air hidrogen beralkali yang berperanan khusus untuk memberi tenaga tambahan dan segala bahan mineral yang diperlukan oleh Shahrom sepanjang penjelajahannya itu, katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]3YlDEZQfzQw[/wpdevart_youtube]

Tags: Ekspedisi Jelajah Kutub Selatan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Saya Hampir Putus Asa dan Menangis – Shahrom Abdullah

17/02/2016
0

KESUKARAN untuk bernafas di dalam cuaca sejuk melampau sehingga -27 darjah Celsius membuatkan penjelajah negara ke Kutub Selatan, Shahrom Abdullah,...

Penjelajah British, Henry Worsley Maut Dalam Misi Tawan Antartika

30/01/2016
0

SEORANG pengembara lagenda dari Britain, Henry Worsley dilaporkan maut dalam percubaan solonya untuk menjadi orang pertama merentasi benua ais paling sejuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd