Friday, March 1, 2024

Creating liberating content

UMNO Calonkan Saarani Menteri...

IPOH - UMNO Perak menamakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Tampan yang...

Institusi Diraja Masih Kekal...

KUANTAN - Peranan institusi diraja sebagai simbol perpaduan dan pencetus semangat nasionalisme serta...

LLM Nafi Laporan Kononnya...

LEMBAGA Lebuhraya Malaysia (LLM) menafikan artikel bertajuk "Kadar Tol Naik Ogos Ini?" yang...

12 Didenda Kutip Sampah...

SEMPORNA - Padah membuang sampah sesuka hati, seramai 12 individu didenda melakukan kerja...

Shahrom Berjaya Tamatkan Misi Kutub Selatan

PENJELAJAH negara ke Kutub Selatan, Shahrom Abdullah berjaya melengkapkan misi Ekspedisi KE7B Rentas Kutub Selatan 2015 apabila berjaya sampai ke mercu tanda yang menjadi titik pusat Kutub Selatan.

Beliau dilaporkan selamat tiba di situ pada pukul 4.30 pagi Sabtu waktu Malaysia (5.30 petang Jumaat waktu Kutub Selatan) sekali gus menamatkan cabaran dalam tempoh 37 hari 4 jam.

Shahrom menyelesaikan misi tersebut dengan hanya berski dari Messner Inlet ke titik sifar darjah Kutub Selatan pada jarah sejauh 890 kilometer.

Menurut Penasihat Ekspedisi, Datuk Akmar Hisham Mohkhles, Shahrom bukan sahaja berjaya menamatkan misi itu, malah melakukannya dalam tempoh masa lebih singkat berbanding jangkaan awal selama 50 hingga 60 hari.

“Alhamdulillah, kita bersyukur kepada Allah kerana Shahrom berjaya menamatkan misi rentas Kutub Selatan itu dan itu sekali gus membuktikan bahawa sesungguhnya anak Malaysia mampu melakukan apa sahaja cabaran.

“Kejayaan Shahrom itu juga menandakan satu lagi pencapaian bertaraf dunia yang berjaya dicatat oleh rakyat Malaysia,” kata Akmar Hisham dalam satu kenyataan kepada media pada awal Sabtu.

Tambah Akmar Hisham yang juga Setiausaha Akhbar Perdana Menteri dan Penasihat Kelab Eksplorasi Tujuh Benua Malaysia KE7B, kejayaan dan pencapaian Shahrom wajar menjadi kebanggaan seluruh rakyat Malaysia.

Ini kerana Shahrom turut menjadi rakyat Malaysia yang pertama melakukan ekspedisi merentas Kutub Selatan sejauh hampir seribu kilometer dengan cuma menggunakan ski.

”Saya juga telah maklumkan kepada Perdana Menteri pagi tadi mengenai kejayaan ini kerana beliau sangat mengambil berat mengenai perjalanan ekspedisi serta keselamatan Shahrom.

“Beliau tahu bagaimana kesukaran melakukan ekspedisi di sana kerana pernah menjejakkan kaki di Antartika. Beliau merasa sangat gembira mendengar berita kejayaan ini,” ujar beliau.

Sementara itu Presiden KE7B, Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin atau Qobin, melahirkan rasa bersyukur kerana satu lagi kejayaan dilakar oleh KE7B selaku pengelola misi ekspedisi itu.

2

“Alhamdulillah syukur saya ke hadrat Ilahi kerana satu lagi kejayaan dicapai oleh kelab kecil yang saya kendalikan ini bersama rakan-rakan yang meminati aktiviti sukan lasak seperti mendaki gunung dan lain-lain ekspedisi ekstrem.

“Kami di dalam KE7B sekadar memainkan peranan untuk melahirkan lebih ramai ikon-ikon untuk negara dan juga mencipta sesuatu yang baru untuk rakyat Malaysia banggakan diperingkat antarabangsa.”


KE7B sebelum ini telah melahirkan 24 ikon negara iaitu seorang pendaki 7 benua, 7 perenang Selat Inggeris 7 pendaki Everest, 8 penjelajah Greenland dan seorang Penjalajah Kutub Selatan

“Saya juga mengucapkan tahniah kepada Shahrom di atas kejayaan cemerlang beliau menamatkan misi merentas benua ais paling sejuk di dunia itu tanpa sebarang masalah.”

Jelas Qobin, pihaknya akan membuat persiapan untuk menyambut kepulangan Shahrom ke tanah air selepas mendapat pengesahan tarikh penerbangannya pulang dari ibu negara Argentina, Buenos Aires.

“Saya akan berhubung dengan Shahrom selepas beliau keluar dari Kutub Selatan dan kembali ke Union Glacier dan selepas itu barulah saya akan dapat gambaran jelas mengenai jadual penerbangan balik beliau ke Malaysia.”

Shahrom mencipta satu lagi rekod baharu anak Malaysia di persada antarabangsa sebagai rakyat Malaysia pertama merentas benua Antartika dengan berski sejauh hampir seribu kilometer.

Anak jati Felda Chiku, Gua Musang, Kelantan, yang berusia 36 tahun itu merupakan atlet sukan lasak duathlon dan triathlon negara.

Shahrom memulakan ekspedisi pada 9 Disember 2015 dan sepatutnya mula lebih awal namun tertangguh selama dua minggu akibat masalah penerbangan dari Union Glacier ke Messner Inlet kerana cuaca tidak mengizinkan.

Misi Ekspedisi KE7B Rentas Kutub Selatan 2015 itu dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak pada awal bulan Julai 2015.

Dalam misi ekspedisi itu, Shahrom turut membawa bekas air istimewa I-MIZU, tajaan sebuah syarikat Bumiputera, yang boleh digunakan untuk menukar air daripada salji yang dicairkan diminum sebagai air hidrogen beralkali.

Ia khusus untuk memberi tenaga tambahan dan segala bahan mineral yang diperlukan oleh Shahrom sepanjang penjelajahannya itu. Shahrom dijangka tiba ke tanah air pada Jumaat depan. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori