• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Setinggan Di Jalan Kebun Teh Lama Johor Bahru Terbakar

oleh Ahmad Albab
09/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Ratusan penduduk setinggan di Jalan Kebun Teh Lama di sini panik dan cemas apabila beberapa unit rumah di kawasan kejiranan mereka dijilat api, kira-kira pukul 5 petang semalam.

Tinjauan Bernama di lokasi kejadian mendapati ada yang menangis pilu melihat kediaman mereka hangus disambar api dan ada juga yang mula memunggah barang-barang yang penting dari rumah mereka.

Salah seorang mangsa Haniyah Adnan, 50, berkata dia hanya sempat membawa keluar cucu dari rumah dan tidak sempat menyelamatkan harta benda kerana kebakaran berlaku begitu pantas.

“Ketika kejadian, saya sedang memasak dan menyedari kebakaran selepas mendengar jeritan jiran saya dan terus berlari ke ruang tamu bagi selamatkan cucu serta anak dan menantu saya,” kata ibu kepada empat orang anak itu.

Haniyah berkata dia tidak dapat memikirkan apa-apa melainkan hendak menyelamatkan keluarganya.

“Kerana itu, tiada barang yang sempat diselamatkan walaupun sehelai baju. Kini, kami hilang tempat berteduh dan tidak tahu nak tinggal di mana selepas ini,” katanya yang menetap di situ sejak 18 tahun lalu.

Sementara itu, Samsiah Habib, 48, ditemui dalam keadaan menangis berkata dirinya hanya mampu berdoa agar kebakaran segera dipadamkan.

Ketika kejadian, Samsiah baharu sahaja pulang dari tempat kerja dan segera menyelamatkan barang barang penting sambil dibantu oleh anak-anak dan suaminya.

“Rumah saya belum terbakar lagi, namun saya khuatir kerana merasakan banyak lagi rumah yang akan terbakar berikutan angin sangat kuat,” kata Samsiah yang juga berharap agar hujan turun supaya kerja memadam api dipermudahkan.

Mengikut kenyataan awal Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Johor petang tadi, sembilan buah rumah setinggan musnah dalam kebakaran itu.

Pihak bomba yang menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.18 petang tadi, masih dalam proses memadam dan mengawal kebakaran dari merebak sehingga kini, disertai 41 anggota dari lima balai.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat petang tadi. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]1B0qDBh0JdY[/wpdevart_youtube]

Tags: kebakaransetinggan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

26/02/2026
0

Raub: Polis mengesahkan identiti lima sekeluarga yang terkorban dalam tragedi kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Ulu Dong, awal pagi tadi....

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

15/02/2026
0

KOTA BELUD: Seorang bapa melecur pada muka dan badan selepas nekad meredah api bagi menyelamatkan isteri serta tiga anaknya dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd