• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Seragamkan Kurikulum Maahad Tahfiz Di Seluruh Negara

oleh Ahmad Albab
09/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR GAJAH – Kurikulum maahad tahfiz di seluruh negara perlu diseragamkan untuk menghasilkan huffaz profesional cemerlang yang mampu menyumbang kepada pembangunan negara, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata penyeragaman kurikulum itu dapat mengelakkan ‘caca marba’ dalam sistem pendidikan maahad tahfiz di negara ini dan mewujudkan satu silibus berkesan untuk maahad tahfiz tersebut.

“Saya selaku TPM (Timbalan Perdana Menteri) amat menggalakkan agar banyak maahad tahfiz ditubuhkan di seluruh negara oleh kerajaan negeri, persekutuan, swasta atau orang persendirian.

“Tetapi saya menyeru kepada pengendali sekolah ini mesti mempunyai satu kurikulum khusus seluruh negara. Ada juga pondok buruk, banglo tinggal jadi maahad, bukan kita tidak mahu banyak huffaz tetapi kita mahu ada juga kualiti, ada nilai akademik dan Quranic,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Graduasi Program Huffaz Aqso Sekolah Menengah Imtiaz Ulul Albab 2015 di Masjid Tanah di sini hari ini.

Pada majlis itu seramai 76 huffaz diberi sijil dan anugerah setelah berjaya menyelesaikan program hafazan al-Quran dalam tempoh tiga bulan.

Turut hadir isteri timbalan perdana menteri, Datin Seri Hamidah Khamis, Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Mas Ermieyati Samsudin, Anggota Dewan Negara Tan Sri Mohd Ali Rustam, dan Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains Dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi Negeri Datuk Md Yunos Husin.

Ahmad Zahid menyeru kerajaan negeri dan pihak terlibat agar bersepadu dalam membela kebajikan maahad tahfiz serta pelajarnya, supaya pelajar terbabit tidak ‘dizalimi’ dalam usaha mereka menimba ilmu.

“Di samping mencari pahala, jangan dizalimi dan ketepikan hak anak-anak ini untuk hidup selepas jadi huffaz. Mereka harus ada nilai akademik, nilai ekonomi dan nilai terbaik,” katanya.

Sehubungan itu, beliau tidak mahu huffaz di negara ini hanya sekadar menjadi imam masjid atau surau semata-mata, sebaliknya menjadi tokoh profesional yang kaya dengan ayat al-Quran.

“Saya mahu mereka jadi jurutera, Panglima Angkatan Tentera, Ketua Polis Negara yang mampu jadi imam, jadi khatib baca khutbah bukan sahaja hari Jumaat tetapi pada Hari Raya,” katanya.

Mengulas mengenai huffaz yang dilahirkan sekolah tersebut, Ahmad Zahid melahirkan rasa bangga memandangkan sejak penubuhannya pada 2010, sekolah itu mampu melahirkan huffaz yang berkualiti dan mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran daripada 20 universiti terkemuka dunia.

“Alhamdulillah… berkat komitmen isteri saya dan adik beradik beliau, kita berjaya. Allah uji saya dan isteri, kita tahu ujian demi ujian datang. Tiada
perkara yang mudah, tetapi berusaha lebih keras dan bijak, untuk capai kejayaan itu sukar tetapi untuk mempertahankan kejayaan lebih sukar,” katanya.

Tapak bagi pembinaan Sekolah Menengah Imtiaz Ulul Albab itu diwakafkan oleh keluarga Hamidah dan Ahmad Zahid serta isterinya masing-masing merupakan pengasas dan timbalan pengasas sekolah berkenaan.

Sementara itu, timbalan perdana menteri berkata masyarakat Islam perlu bersikap terbuka untuk bekerjasama dengan kalangan bukan Islam dalam usaha menuntut ilmu.

“Saya rasakan untuk berjaya harus ada kerjasama erat tanpa mengira apa sahaja latar belakang agama, bangsa dan keturunan,” katanya. – BERNAMA

Tags: tahfizZahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

TPPA: Antara Manfaat Yang Tiada Siapa Hendak Tahu

Next Post

Lelaki Nepal Maut Tersepit Mesin Memproses Baja Najis Ayam

Related Posts

Kes Rasuah ADUN Sabah: UMNO Beri Kepercayaan Kepada SPRM – Zahid

Kes Rasuah ADUN Sabah: UMNO Beri Kepercayaan Kepada SPRM – Zahid

24/06/2025
0

KOTA KINABALU: UMNO memberikan kepercayaan penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mengendalikan kes dua Ahli Dewan Undangan Negeri...

BN, PH Bentuk Kerjasama Antara Parti Pusat, Negeri Hadapi PRN Sabah – Zahid Hamidi

BN, PH Bentuk Kerjasama Antara Parti Pusat, Negeri Hadapi PRN Sabah – Zahid Hamidi

11/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Gabungan parti dalam kerajaan MADANI, khususnya Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH), perlu disertai dengan kerjasama erat...

Next Post

Lelaki Nepal Maut Tersepit Mesin Memproses Baja Najis Ayam

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd