• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Seorang Lemas Selepas Bot Langgar Bongkah Batu Di Pontian Baru

oleh Ahmad Albab
07/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki ditemui mati lemas manakala seorang rakannya pula terselamat selepas bot jenis fiber yang dinaiki mereka, melanggar bongkah batu sebelum hilang kawalan di Tambak Pontian Baru, Pontian, tengah hari tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pontian Baru Iqbal Raduan berkata mangsa dan rakannya, kedua-duanya berusia 30an, keluar dari tambak itu kira-kira 12.30 tengah hari untuk menangkap ikan.

Namun, sebaik tiba di lokasi kejadian, bot mereka dikatakan melanggar bongkah batu lalu hilang kawalan, sehingga mengakibatkan kedua-dua mereka tercampak ke dalam laut.

Beliau berkata maklumat awal turut menunjukkan bot itu kemudiannya berpusing lalu melanggar pula mangsa yang pada ketika itu berada di dalam laut.

“Berikutan pelanggaran itu, mangsa cedera parah di bahagian kepala akibat terkena bilah kipas bot sebelum dia tenggelam ke dalam laut. Rakannya pula sempat diselamatkan nelayan lain,” kata beliau ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.

Iqbal berkata mayat mangsa ditemui nelayan lain serta sepasukan polis marin pada 2.46 petang tadi di kedudukan 100 meter dari tambak berkenaan.

Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Pontian.- BERNAMA

Tags: lemas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

IbuBapa Kanak-kanak Dipercayai Lemas Tunggu Di Lokasi Dengan Lauk Kegemarannya…

IbuBapa Kanak-kanak Dipercayai Lemas Tunggu Di Lokasi Dengan Lauk Kegemarannya…

30/04/2026
0

Sungguh Menyedihkan.....   Ibu-bapa tunggu di lokasi kejadian anak hilang..sambil membawa makanan kegemarannya dan berterusan memanggil nama anak mereka agar...

Hentikan Aktiviti Berisiko Tinggi Libatkan Bakal Guru

Hentikan Aktiviti Berisiko Tinggi Libatkan Bakal Guru

09/04/2026
0

TRAGEDI meragut nyawa dua guru pelatih Institut Pendidikan Guru (IPG) ketika menyertai aktiviti berkayak satu berita duka. Dua insan yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd