KHAMIS lalu, penyanyi Celine Dion kehilangan suami tercinta, Rene Angelil yang meninggal dunia akibat penyakit kanser tekak yang dihidapinya sejak 18 tahun lalu.
Suami Celine Dion Meninggal Dunia Akibat Kanser
Terkini, difahamkan abang Celine juga sedang berada dalam keadaan kritikal disebabkan penyakit kanser tekak yang telah merebak ke bahagian lidah dan otaknya.
Abang Celine, Daniel, 59, diramalkan oleh doktor bahawa dia mempunyai masa yang singkat untuk hidup.

Celine yang mempunyai 14 adik-beradik setia menemani abangnya yang tenat di samping sibuk menguruskan urusan pengebumian suaminya.
Penyanyi bersuara merdu itu telah membatalkan konsert mingguannya di Ceasar Palace, Las Vegas susulan kematian suami tersayang. – MYNEWSHUB.CC
