RUMAH agam milik penaung majalah lucah terkenal Amerika Syarikat, Playboy yang dimiliki Hugh Hefner bakal dijual dengan harga yang agak tinggi dalam pasaran iaitu sebanyak RM874 juta (AS$200 juta).
Ia menjadikan hartanah itu sebagai salah satu daripada kediaman persendirian paling mahal pernah diniagakan di negara Uncle Sam tersebut.
Kediaman yang terletak di Beverly Hills, California itu bercirikan Gothic Tudor mempunyai 29 bilik serta mempunyai keluasan 20,000 kaki persegi.
Antara pelbagai kemudahan yang terdapat dalam kediaman ‘syurga’ itu adalah padang tenis dan kolam renang bersaiz besar.
Wakil jurucakap Hefner bagaimanapun tidak menjelaskan mengapa kediaman itu perlu dijual.
Rumah mewah itu dibina pada 1927 dan ia dibeli oleh Hefner pada 1971 dengan nilai sebanyak RM4.8 juta (AS$1.1 juta). – MYNEWSHUB.CC