Tuesday, June 25, 2024

Creating liberating content

Polis Langgar Larangan Merokok...

JOHOR BAHRU - Polis akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap seorang anggotanya yang melanggar...

Militan IS Tawan Bandar...

BAGHDAD - Kumpulan Negara Islam (IS) mendakwa pejuangnya sudah merampas Ramadi pada Ahad...

Lembaga Disiplin UMNO Tak...

KUALA LUMPUR: Pemecatan dan penggantungan beberapa pemimpin UMNO semalam tidak melalui proses sewajarnya...

3 Elemen Banteras Jenayah...

TAWAU - Polis akan memperkasa tiga elemen utama ke arah membanteras jenayah dadah...

Rujuk Semula Komitmen Tun Razak Terhadap Pembinaan Negara

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Kedua Tun Abdul Razak Hussein telah melaksanakan beberapa dasar yang digubal khusus untuk membantu membangunkan negara ini, dan legasi itu perlu diteruskan agar Malaysia lebih berjaya.

Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Rafidah Aziz berkata sebagai contoh, Allahyarham Tun Abdul Razak memperkenalkan dasar pengagihan semula kekayaan dalam kalangan rakyat, mengurangkan ketegangan kaum dan terus memupuk sikap saling mempercayai dalam kalangan pelbagai kaum serta merapatkan jurang antara kawasan bandar dan luar bandar.

Katanya untuk menjadikan Malaysia lebih makmur, negara ini perlu kembali memberi fokus dan komitmen kepada aspek ‘pembangunan negara’.

“Adalah menjadi tugas kita untuk meneruskan legasi beliau (yang telah terbukti mengenai pembangunan negara),” kata Rafidah ketika menyampaikan ucap tama pada Seminar Khas bagi Memperingati Tun Abdul Razak (Perdana Menteri Malaysia 1970-1976) di sini, hari ini.

Beliau mengingatkan semua orang bahawa ‘sifat berpuak-puak yang tidak sepatutnya’ wujud di negara ini, perlu segera dihentikan bagi mengelaknya memusnahkan cita-cita negara untuk terus maju.

Rafidah yang juga pengerusi AirAsia X berkata pada era kepimpinannya, Allahyarham Tun Abdul Razak akan memastikan sebarang bentuk ketegangan kaum segera dihapuskan sebelum ia membawa lebih banyak kerosakan terhadap negara dan kepimpinan sekarang perlu mencontohi tindakan beliau itu.


Selain Rafidah, anggota panel sesi pertama itu yang bertajuk ‘Memupuk Konsensus Politik Baharu Untuk Pembangunan Negara-Cabaran dan Isu’ terdiri daripada Perdana Menteri Kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi, Pengerusi Tenaga Nasional Berhad dan bekas menteri Tan Sri Leo Moggie serta bekas menteri dan bekas setiausaha parlimen Allahyarham Tun Abdul Razak, Tan Sri Michael Chen.

Sementara itu, Abdullah yang lebih mesra dengan panggilan Pak Lah, memberitahu hadirin bahawa Allahyarham Tun Abdul Razak adalah seorang pejuang demokrasi yang teguh dan bersemangat kental.

Katanya Allahyarham Tun Abdul Razak berpeluang mentadbir negara ini melalui Majlis Gerakan Negara (Mageran) dalam usaha memulihkan keamanan selepas peristiwa 13 Mei 1969, tetapi beliau enggan berbuat demikian dan memilih memberi kuasa kepada pengundi untuk memilih pemimpin.

Setiap orang yang rapat dengan Abdul Razak ketika itu terkejut dengan keputusan berkenaan namun, mereka kemudiannya menghormati keputusan dan keyakinannya dengan konsep demokrasi, kata Abdullah. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]1urXUuzkgsQ[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori