• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rompak RM10 Dari Warga Asing, Peniaga Pasar Dipenjara 2 Tahun

oleh Ahmad Albab
11/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang peniaga pasar dijatuhi hukuman penjara dua tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini selepas mengaku bersalah merompak secara berkumpulan seorang buruh warga Bangladesh, tahun lepas.

Hakim Datuk Jagjit Singh Bant Singh menjatuhkan hukuman itu terhadap Badrul Nizam Zainal Abidin, 34, selepas dia menukar pengakuan kepada bersalah hari ini.

Kes itu ditetapkan untuk sebutan hari ini.

Mahkamah juga menjatuhkan hukuman penjara tiga bulan bagi pertuduhan gagal mengemukakan kad pengenalan dan memerintahkan hukuman itu berjalan serentak bermula tarikh dia ditangkap, 23 Julai tahun lepas.

Ini bermakna tertuduh yang tidak diwakili peguam hanya menjalani hukuman penjara selama dua tahun tiga bulan.

Badrul Nizam didakwa bersama seorang lagi yang masih bebas, merompak wang tunai RM10 dan dua telefon bimbit jenis Nokia dan Samsung milik Momin Md Abdul, 33, bersebelahan CIMB Bank, Jalan Tun H.S. Lee, Dang Wangi, di sini pada pukul 8 malam, 23 Julai tahun lepas, mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat.

Tertuduh juga didakwa gagal menunjukkan kad pengenalan di bawah peraturan 12 dan 15 kepada pegawai polis semasa pemeriksaan, di tempat, waktu dan hari yang sama mengikut peraturan 25(1)(N) Peraturan Pendaftaran Negara 1990 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih tiga tahun dan denda sehingga RM20,000.

Mengikut fakta kes, mangsa yang ketika itu sedang menunggu bas di bersebelahan CIMB Bank, telah ditarik belakang bajunya oleh Badrul Nizam dan seorang lagi lalu meminta pasportnya.

Selepas mangsa enggan menyerahkan pasportnya, mereka telah menendang dan menumbuk dada mangsa serta mengambil wang tunai RM10 dan dua telefon bimbitnya, sebelum mereka melarikan diri dan salah seorang daripada mereka berjaya ditahan polis.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Norazlin Mohamad Yusoff memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal dengan mengambil kira faktor kepentingan awam supaya dapat memberi pengajaran kepada tertuduh atas alasan perbuatan tertuduh itu mendatangkan trauma kepada mangsa.

Badrul Nizam memohon mahkamah mengenakan hukuman ringan dengan alasan perlu menjaga seorang anaknya yang kini tinggal di Jabatan Kebajikan Masyarakat selain menyesal dan insaf atas kesalahan yang telah dilakukannya. – BERNAMA

Tags: peniagarompakan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Peniaga Dituduh Rogol Pelajar Universiti Dalam Kereta

Dua Peniaga Dituduh Rogol Pelajar Universiti Dalam Kereta

30/05/2025
0

MELAKA – Dua rakan yang juga penjual makanan di Klebang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat...

Kelar Peniaga Dengan Pisau, Dua Lelaki Direman

Kelar Peniaga Dengan Pisau, Dua Lelaki Direman

03/02/2025
0

GEORGETOWN: Dua lelaki direman tujuh hari hari ini bagi membantu siasatan kes peniaga parah akibat dikelar dengan pisau di sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd