• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rita Sosilawati Bakal Taja Pasukan Liga Super

oleh AK-47
13/01/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Pengarah Urusan Nouvelles Visages (NV), Erni Dekritawati Yuliana Buhari dilapor sedang mempertimbang untuk menaja sebuah pasukan yang akan beraksi dalam saingan Liga Super musim ini.

Perkara tersebut didedahkan oleh rakan anak sulung jutawan kosmetik, Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya kepada portal berita tempatan, mStar Online pada Selasa.

Sumber enggan didedahkan identiti itu mendakwa, Erni Dekritawati atau Rita Sosilawati telah memberitahu rakan terdekat bahawa dia sedang intai dua pasukan untuk ditaja sekali gus dapat mempromosikan produk keluaran NV.

“Ketika kami bersembang beberapa hari lalu, Rita ada memberitahu untuk menaja pasukan daripada Liga Super. Dia sedang memilih satu daripada dua pasukan yang diminati.

“Urusan tajaan ini bukan perkara baharu kerana ia merupakan permintaan suaminya sejak tahun lalu bagi mengembangkan perniagaan.

“Tetapi dia masih tidak mendedahkan pasukan yang akan ditaja, sama ada dari utara atau selatan, kami cuba bertanya tapi dia minta kami menunggu dahulu.

“Setakat yang saya dan rakan-rakan lain tahu, Rita memang minat menonton bola sepak tetapi sukar untuk tahu pasukan manakah yang diminatinya,” jelasnya sumber itu ketika ditemui mStar Online.

1

Rita bakal tampil sebagai jutawan kosmetik kedua yang menaja pasukan daripada Liga Super selepas Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman iaitu pemilik Vida Beauty Sdn. Bhd. jika hasratnya direalisasikan.

Sebelum ini, Datuk Seri Vida bersetuju menyediakan dana sebanyak RM16 juta untuk menaja pasukan Kelantan selama dua musim dengan syarat tertentu termasuk mengecat stadium di ibu negeri itu berwarna merah jambu.

Rita sebelum ini merupakan penaja utama bagi program realiti, Akademi Fantasia 2015. Difahamkan jumlah tajaan Rita bagi program berkenaan mencecah RM3 juta.

Pada masa sama, syarikat yang diterajui Rita telah pun mewujudkan kerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan dalam meningkatkan kemahiran golongan belia. – Mstar Online

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=ZrFLPEI-bmU]

Tags: Datuk Seri VidaRita Sosilawati
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Vida Tawar Gaji RM10,000 Untuk Lelaki ‘Kacak’

04/12/2021
0

PETALING JAYA – Selepas tidak meneruskan hubungan atau dengan kata lain ‘gagal’ dalam percintaan dengan bekas pembantu peribadinya sebelum ini,...

‘Tolonglah’ Cerita Kisah Kehidupan Silam Cik B

02/12/2020
0

IPOH - Pengalaman didera pembantu rumah semasa kecil dan konflik keluarga akibat perceraian ibu bapa yang dialami Cik B kini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd