• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rakyat Johor Bakal Nikmati Satu Lagi Perkhidmatan Bas Percuma

oleh Ahmad Albab
16/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHARU – Kerajaan negeri terus mendengar denyut nadi rakyat apabila dijangka melancarkan satu lagi perkhidmatan bas percuma, selewat-lewatnya Mac ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata perkhidmatan kali ini melibatkan laluan kawasan Iskandar Malaysia namun butiran terperinci mengenainya masih belum dimuktamadkan.

Katanya, kerajaan menyedari kepayahan rakyat yang terjejas akibat ketidaktentuan ekonomi dan berharap ia mampu meringankan beban.

“Kami sedang mengkaji laluan dan mekanisme yang digunakan kerana bila kami umum untuk melakukan perkara ini, ada pelbagai pandangan mengatakan, sepatutnya orang asing jangan (diberi) percuma.

“Jadi, kami hendak pastikan ia tidak berlaku dan hanya rakyat Johor dan Malaysia sahaja yang menikmati faedah manakala orang asing perlu membayar sejumlah amaun,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Bantuan Subsidi Tambang Bas Sekolah 2016, di Pasir Gudang, pada Sabtu.

Kerajaan negeri Johor, sebelum ini sudah pun mempunyai perkhidmatan bas percuma namun ia tertakluk kepada kawasan bandar raya Johor Baharu sahaja.

Perkhidmatan bas dengan slogan ‘JB Dihatiku’ itu dilancarkan pada Julai 2014 dan beroperasi daripada 6 pagi hingga 12 tengah malam bagi laluan Larkin-Jb Sentral-Majlis Bandaraya Johor Baharu-Jalan Wong Ah Fook-Larkin dengan kekerapan perkhidmatan setiap 20 minit.

Mengenai bantuan subsidi itu, Mohamed Khaled berkata program itu julung kali diadakan hasil inisiatif Yayasan Pasir Gudang (YPG) dan UMNO Pasir Gudang dalam membantu golongan berpendapatan rendah.

Katanya, melalui bantuan itu sebahagian kos bayaran pengangkutan yang ditanggung ibu bapa untuk menghantar anak-anak ke sekolah, akan dibiayai YPG dan UMNO Pasir Gudang.

“Kami tahu bayaran pengangkutan adalah antara perkara rumit yang dihadapi ibu bapa. Jadi, kami menyediakan sejumlah RM180,000 kepada 800 pelajar dari lebih 500 keluarga bermula Februari hingga Disember ini bagi meringankan beban mereka,” kata Mohamed Khaled yang juga Pengerusi YPG. – BERNAMA

Tags: JohorKhaled Nordin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sultan Ibrahim Terima Sembah Laporan Lima Pembinaan Masjid Baharu di Johor

Sultan Ibrahim Terima Sembah Laporan Lima Pembinaan Masjid Baharu di Johor

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima persembahan laporan pembinaan masjid-masjid baharu di Johor. Laman Facebook Sultan...

430,000 Ahli UMNO Johor Teguh, Setia Dan Istiqamah – Onn Hafiz

430,000 Ahli UMNO Johor Teguh, Setia Dan Istiqamah – Onn Hafiz

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menegaskan, lebih 430,000 ahli UMNO Johor terus...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd