Saturday, July 27, 2024

Creating liberating content

Hormati Tugas Penguatkuasa –...

TANJONG KARANG - Masyarakat perlu memberi kerjasama dan menghormati tugas anggota penguatkuasa agensi...

“Saya Lebih Suka Berlatih...

KUALA LUMPUR - Pemain Johor Darul Ta'zim (JDT), Dominic Tan menyatakan beliau lebih...

Projek Perumahan Awam Jadi...

KUALA LUMPUR - Projek Perumahan Awam (PA) yang dilaksanakan kerajaan dengan matlamat menyedia...

Guna Imaginasi Untuk Ambil...

Pernahkah ketika kecil dahulu anda bermain dengan bentuk awan?Seperti penulis, apabila nampak sahaja...

Adenan Satem Bertemu Perdana Menteri Di Putrajaya

PUTRAJAYA – Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem hari ini bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sini bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan Sarawak.

Kenderaan rasmi Ketua Menteri itu dilihat memasuki Bangunan Perdana Putra pada pukul 4 petang sebelum keluar dua jam kemudian.

Usaha sekumpulan wartawan yang menunggu di luar pagar kawasan bangunan itu untuk mendapatkan kenyataan Adenan gagal apabila kenderaan yang membawanya tidak berhenti walaupun dikerumuni.

Adenan pada Sabtu lepas dilaporkan berkata akan berjumpa Najib bagi menyelesaikan perkara berkaitan penurunan kuasa kepada kerajaan negeri Sarawak.

Adenan berkata Sarawak mahu agar dikembalikan kuasa pentadbiran yang pernah dimilikinya dan diambil kerajaan pusat memandangkan ia penting bagi pembangunan negeri itu khasnya kepada penduduk di luar bandar.


Katanya beliau juga akan membangkitkan lagi isu peningkatan royalti minyak kepada Sarawak memandangkan kadar lima peratus sekarang dianggap terlalu kecil. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori