• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pulau Pinang Bakal Terima Manfaat Besar Daripada TPPA

oleh Ahmad Albab
09/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGETOWN – Pulau Pinang bakal menerima manfaat yang besar daripada Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) kerana negeri ini sudah lama membuka pintu kepada pelabur asing.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, Pulau Pinang terbuka menerima kedatangan pemain industri antarabangsa dan menyambut baik kemasukan pelaburan langsung asing (FDI).

“Globalisasi sedang berlaku dan akan berlaku. Kita tidak boleh menghentikannya dan Pulau Pinang akan mendapat manfaat yang paling banyak daripada perjanjian ini kerana negeri ini sudah lama terbuka untuk pelaburan asing yang memberikan pelbagai faedah kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis taklimat TPPA di Universiti Sains Malaysia, sini, hari ini.

Sehubungan itu kata Mustapa, masyarakat Pulau Pinang sepatutnya akan lebih mudah memahami perjanjian tersebut dan menjadi penyokong kuat untuk merealisasikan TPPA.

“Sejak lebih 40 tahun lepas, ketika Tun Dr Lim Chong Eu menjadi Ketua Menteri lagi, Pulau Pinang telah mewujudkan satu zon perdagangan bebas untuk menarik pelaburan asing bagi memberikan peluang pekerjaan kepada penduduk di sini,” katanya.

Beliau berkata Pulau Pinang telah lama bergantung kepada pelaburan asing dalam membangunkan negeri ini yang bukan sahaja memberikan kesan positif kepada rakyatnya tetapi juga rakyat di negeri-negeri lain.

“Mengikut laporan MITI, sejak tahun 1980 hingga 2014, negeri ini telah menerima sejumlah RM86.1 bilion pelaburan di mana RM64.9 bilion daripadanya menerusi FDI.

“Melalui rekod pelaburan itu, lebih daripada 400,000 peluang pekerjaan telah diwujudkan untuk berkerja di kilang-kilang,” katanya.

Selain itu, Mustapa berkata, TPPA juga dilihat sebagai laluan terbaik dalam mempelbagaikan perdagangan negara yang mampu menjana peluang pekerjaan untuk rakyat.

Menurutnya, TPPA akan membuka peluang kepada usahawan kecil dan sederhana di negeri ini, untuk mengembangkan perniagaan mereka ke luar negara.

“Perjanjian ini juga akan membolehkan usahawan khususnya usahawan kecil dan sederhana untuk mengekspot produk ke negara-negara TPPA tanpa cukai,” katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]um4iYzPGaiU[/wpdevart_youtube]

Tags: TPPA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rundingan TPPA Belum Berakhir – PM Najib

13/11/2017
0

DA NANG (VIETNAM) – Rundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) dalam kalangan 11 negara, belum berakhir meskipun berlaku beberapa masalah yang...

Rundingan TPPA Jangka Dimuktamad November

18/07/2017
0

SUBANG – Rundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) masih berjalan, dan dijangka dimuktamadkan pada November ini pada mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd