KUALA LUMPUR – Parti Sosialis Malaysia (PSM) menuduh Ahli Parlimen kerajaan menjual negara kepada pihak asing dengan bersetuju menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).
PSM sebagai parti yang memperjuangkan fahaman sosialis mendakwa, langkah kerajaan membawa usul TPPA ke dalam Parlimen kononnya cuma satu pertunjukan sarkas.
“Ia hanyalah untuk menunjukkan kelulusan untuk menerima TPPA itu melalui satu proses memungut suara sedangkan kerajaan telah membuat keputusan untuk menandatangani perjanjian perdagangan bebas tersebut sejak awal lagi,” dakwa kenyataan itu semalam.
Dakwa kenyataan itu lagi, Parlimen Malaysia terus menjadi cop getah termahal dengan meluluskan usul yang dibawa oleh pihak kerajaan.
PSM mendakwa, TPPA bakal menghakis hak rakyat secara serius.
Parlimen semalam meluluskan usul supaya Malaysia menandatangani TPPA pada Februari ini.
Kelulusan itu diperoleh selepas Dewan Rakyat memperoleh persetujuan 127 Ahli Parlimen berbanding 84 Ahli Parlimen yang menolak. – Mynewshub.cc
[wpdevart_youtube]nAb5dgMSu_Y[/wpdevart_youtube]