• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PSM Seru Rakyat Jangan Ikut Ulama!

oleh Ahmad Albab
02/01/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Jangan ikut ulama semua agama pada zaman kapitalis ini. Bersamalah kita berusaha wujudkan satu zaman sosialis yang soleh”

Itu Perutusan Khas Tahun Baru 2016 oleh Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Sosialis Malaysia (PSM), Khairul Nizam Abd. Ghani kepada orang ramai baru-baru ini.

Beliau bagaimanapun dalam perutusan itu cuba berselindung kononnya ia ditujukan kepada institusi kesultanan Melaka yang tidak lagi wujud.

Khairul Nizam dalam perutusan itu mendakwa kononnya mewujudkan sistem sosialis di Malaysia merupakan satu ibadah untuk rakyat Malaysia.

“Inilah ibadah kita yang utama. Bukan ibadah penting diri, yang semata-mata berlumba-lumba secara peribadi masing-masing untuk membodek Allah. Allah tidak seperti itu,” katanya,

Khairul Nizam turut mengingatkan rakyat Malaysia perbalahan semasa manusia selama ini cuma kepada aspek ekonomi sedangkan agama hanyalah pemisahan semangat terhadap perbalahan itu.

“Contohnya Nabi Muhammad S.A.W jika ditakdirkan membawa risalah akidah di negara (dunia) kapitalis sekarang ini, maka pasti Muhammad dibenarkan membentuk NGOnya, bergerak menyebarkan risalah, forum, debat dan sebagainya. Sekadar akidah ketuhanan sahaja,” katanya.

PSM merupakan rakan politik Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP. Malah, Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail secara terbuka mempelawa PSM menyertai PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (PAN) dalam Pakatan Harapan.

Berikut kenyataan penuh pemimpin PSM berkenaan seperti yang disiarkan dilaman Facebook PSM pada 31 Disember 2015:

Perutusan khas tahun baru 2016 kepada Institusi Kesultanan Melaka.

1. Kepada Institusi Kesultanan Melaka.

Dalam tamadun manusia, banyak cara mengira hari tercipta. Pada hari ini, dunia sepakat mengira hari berdasarkan pusingan bumi terhadap matahari. Tiada siapa yang tahu dengan tepat bila bumi tercipta. Maka permulaan tahun mengikut masihi dicipta. Esok akan sampai angka yang ke 2016.

2. Kepada Institusi Kesultanan Melaka.

Ini adalah suara gua secara akademik dan demokrasi. Pada hari kelahiran bumi, Allah tidak mengeluarkan arahan kepada mana2 manusia atau organisasi, supaya memilik peribadikan bumi ini. Termasuk kesultanan anda. Segala isi asal bumi ini, termasuk bauksit adalah milik sosial. Ini asas sosialis yang gua perkenalkan kepada kamu.

3. Kepada Institusi Kesultanan Melaka.

Sekian lama kamu hidup dalam dunia kapitalis yang membentuk ulamanya sendiri dalam semua agama, yang membentuk racism dalam semua kaum, yang membentuk penguatkuasa dalam semua sistem, yang membentuk parti dalam semua politik; mahukah kamu jika gua sampaikan sedikit asas perkembangan tamadun manusia supaya kita berilmu dalam berpolitik, dalam menguruskan khazanah sosial, dalam memerintah dan sebagainya? Gua sudah beberapa kali diburu, dipukul, dipenjara, melukakan hati isteri dan anak2 untuk sampaikan ini kepada kamu. Mahukah kamu mendengarnya lagi?

4. Kepada Institusi Kesultanan Melaka.

Hari ini, pergaduhan, pembunuhan, kerosakan manusia kepada manusia, manusia kepada alam, hanyalah kerana SATU perkara sahaja. Yakni ekonomi (makanan, kekayaan, ketamakan). Manakala agama, kaum, budaya dan lain2 hanyalah pemisahan / candu / semangat sahaja, terhadap pergaduhan perperangan tadi. Contohnya Muhammad saw, jika ditakdirkan membawa risalah akidah di negara (dunia) kapitalis sekarang ini, maka pasti Muhammad dibenarkan membentuk NGOnya, bergerak menyebarkan risalah, forum, debat dan sebagainya. Sekadar akidah ketuhanan sahaja. Tetapi seandainya Muhammad saw berkembang membentangkan penindasan ekonomi, cara penyelesaian Islam terhadap agihan ekonomi, maka Muhammad saw akan ditawarkan emas dan kekayaan supaya hentikan itu. Sebelum diperangi atas nama agama (memiliki ramai ulama IQ biasa dan pro / hafal sistem sedia ada), kaum (memiliki ramai pejuang kaum yang bangga mati kerananya), etnik, budaya dan sebagainya. Itulah yang berlaku.

5. Kepada Institusi Kesultanan Melaka.

Pada awal tamadun manusia primitif, mereka sudah mengagihkan ekonomi secara sosial. Hasil buruan (yang Allah cipta tanpa hak siapa2, sedia asal) diagihkan sama kepada setiap ahli kumpulan. Walau Abu pandai memanah dan asyik mendapat buruan, tetapi dia tidak akan berjaya, seandainya Ali membuka jalan buruan, kaum wanita menjaga anak2 di kampung dan sebagainya. Allah menjadikan manusia tidak sama bakat. Tetapi ada peranan dalam pasukan (sosial). Ini dinamakan zaman SOSIALIS PRIMITIF. Wujud ribuan tahun.

Apabila kumpulan Abu membesar, kawasan buruan terpaksa membesar. Bertembung dengan kumpulan Acong. Maka, pergaduhan, peperangan berlaku. Semuanya adalah kerana ekonomi. Etnik, kepercayaan hanyalah pemisahan / candu terhadap ini. Kumpulan Abu kalah. Menjadi hamba kepada kumpulan Acong. Ini dinamakan zaman HAMBA. Wujud ribuan tahun. Islam turun pada zaman ini. Seks dengan hamba adalah halal. Anak akan menjadi hamba generasi baru yang halal pula seks dengannya. Mohon maaf, kamu akan terkejut kerana gua seolah2 menghina Islam. Gua akan menyiapkan sebuah buku menjelaskan konsep Islam sebenarnya berkenaan semua ini (jalan jauh), atau jemput gua membentangkan secara lisan (jalan dekat).

Hamba2 ini kemudiannya memberontak kerana layanan berbeza2 antara tuan2 hamba. Lari ke tuan2 hamba yang lain. Menyebabkan tuan2 hamba bergaduh sesama sendiri. Menyebabkan tuan2 hamba membentuk satu undang2, membentuk kawasan. Inilah bermulanya sempadan negara / negeri. Zaman ini dinamakan zaman TUAN HAMBA / FEUDAL. Asalnya Allah mencipta bumi tanpa pemilikan mana2. Tetapi kini tiba2 sudah wujud tuan bumi. Bauksit, balak semua dia yang punya. Siapa yang menyebarkan pendidikan ini akan dipenjara dengan sokongan ulama pelbagai agama. Disokong pula manusia2 bodoh (maaf, istilah akademik) tiada pendidikan terhadap ini. Inilah harganya.

6. Kepada Institusi Kesultanan Melaka.

Setiap manusia akan mati. Paling hebat pun manusia, mampu hidup 100 tahun. Tetapi mampukah kita menerima hukuman atas kebodohan (maaf, istilah akademik), kejahatan kita atas muka bumi? Jangan ikut ulama semua agama pada zaman kapitalis ini. Kerana dosa dan hukuman mereka dari Allah sepatutnya lebih besar dari orang biasa. Bersamlah berusaha semampu kita, untuk setiap orang, ke arah wujudkan satu zaman sosialis yang soleh. Insyaallah. Inilah ibadah kita yang utama. Bukan ibadah penting diri, yang semata2 berlumba2 secara peribadi masing2, untuk membodek Allah. Allah tidak seperti itu.

7. Kepada Institusi Kesultanan Melaka.

Setelah 6 perkara perutusan ini disampaikan kepada kamu, mari kita menilai apakah tujuan kita berpolitik.

i. Semata2 membebaskan Anwar Ibrahim kah? Membebaskan Aduka kah? Membebaskan si polan kah? Semata2 itu kah?

ii. Bergaduh ceramah siapa paling ramai kah?

iii. Bergaduh tafsir istilah mantik pemimpin kah?

iv. Bergaduh pemimpin siapa makan nasi bungkus kah? (zuhud, imej, retorik)

v. Bergaduh siapa paling syurga kah? (siapa paling kafir, paling Syiah, paling Sunni, paling Wahabi)

Mohon maaf dan sekian dulu. Tanyalah akalmu. Bersamalah kita wujudkan agihan ekonomi yang adil. Adil dengan pengetahuan. Bukan adil dengan sentimen. Gua hanyalah menyampaikan tanpa senjata. Siapa2 boleh tidak setuju. Janganlah penjarakan gua lagi. Gua mungkin tidak ada apa2 takut, terjejas, calar pun. Tapi, kerugian hati, air mata anak isteri adalah satu2 yang sangat menyedihkan. Semoga tahun 2016, kesedaran kelas ini semakin berkembang. Kita semakin sayang-menyayangi.

QS AL HUJURAT:13

Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling takwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.

Wallahualam.

Khairul Nizam Bin Abd Ghani
Ahli Jawatankuasa Pusat
Parti Sosialis Malaysia

– mynewshub.cc

Tags: PSMulama
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Majikan Paksa Pekerja Asing Tarik Balik Aduan – PSM

Majikan Paksa Pekerja Asing Tarik Balik Aduan – PSM

25/03/2024
0

Tiga pekerja Bangladesh yang ditahan reman oleh polis berhubung insiden pertengkaran minggu lalu mendakwa majikan mereka cuba memaksa mereka untuk...

Final Piala Malaysia: Padang SNBJ Belum Bersedia?

Final Piala Malaysia: Padang SNBJ Belum Bersedia?

04/12/2023
0

PETALING JAYA – Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) mendapat kritikan hebat selepas keadaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) masih belum...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd