• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Proton Sasar Jual 150,000 Kenderaan Pada 2016

oleh Ahmad Albab
14/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Pembuat kereta nasional, Proton Holdings Bhd (Proton), menyasarkan jualan 150,000 unit pada 2016, dengan mempertaruhkan model sedia ada dan empat model baharu yang akan dilancarkan.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton Datuk Abdul Harith Abdullah berkata model baharu itu akan diperkenalkan setiap suku tahunan 2016.

“Selepas mencatat jualan melepasi 100,000 kenderaan pada 2015, tahun ini pasti sangat menarik bagi Proton, inilah komitmen saya kepada pemegang kepentingan,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan pelantikan 29 pengedar Proton di sini hari ini.

Mereka kini merupakan pengedar Suzuki di seluruh negara.

Pengerusi Proton Tun Dr Mahathir Mohamad berkata model baharu akan menggunakan nama model Proton sedia ada bagi menjimatkan masa mempromosikannya
kepada orang ramai.

“Dulu, Proton mengeluarkan model baharu dengan nama baharu. Kami mengambil masa yang lama mempromosikan jenama baharu tanpa merujuk kepada sejarahnya.

“Seperti syarikat lain, Toyota dan Honda, kami memutuskan untuk membina kereta baharu tetapi mengekalkan nama lama,” katanya.

Mengenai Suzuki, Harith berkata syarikat itu mempunyai teknologi yang kukuh serta kepakaran mengeluarkan segmen enjin kecil seperti A dan B.

“Apabila Suzuki keluar dari pasaran Malaysia, kepakaran mereka sudah pasti melengkapkan pelan jangka panjang Proton. Usaha sama ini akan memaksimumkan
potensi dari segi jumlah, pengurangan masa untuk pembangunan selain menyegerakan masa untuk dipasarkan,” katanya.

Menerusi 29 premis tambahan, Harith berkata Proton dapat menaingkatkan jumlah pusat 4S, 3S serta 1+2S kepada 105 premis di seluruh negara.

“Ini akan memberikannya rangkaian kukuh dan menjadi tulang belakang kepada Proton untuk bergerak ke hadapan. Nyata, antara isu yang kami hadapi ialah kualiti yang lemah selepas perkhidmatan jualan.

Walaupun 29 premis merupakan sebahagian daripada Proton Edar, mereka akan terus menyediakan perkhidmatan dan baik pulih untuk 48,000 pelanggan Suzuki di
Malaysia.

Perkhidmatan selepas jualan dan jaminan perlindungan alat ganti tulen untuk pemilik kereta Suzuki, akan beroperasi seperti biasa.

Perniagaan Suzuki di Malaysia diurus oleh Malaysia Automobile Sdn Bhd (SMA) dengan 40 peratus dimiliki Suzuki. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]qLpdgwncK1k[/wpdevart_youtube]

Tags: Proton
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dakwaan Proton X50 Alami Pecutan Tidak Disengajakan, JPJ Digesa Siasat

Dakwaan Proton X50 Alami Pecutan Tidak Disengajakan, JPJ Digesa Siasat

13/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Seorang pemilik Proton X50 mendakwa kenderaan yang dipandunya mengalami insiden Sudden Unintended Acceleration (SUA) apabila kelajuan meningkat...

300 Liter RON95: Kereta Mana Boleh Pecut Paling Jauh?”

300 Liter RON95: Kereta Mana Boleh Pecut Paling Jauh?”

25/09/2025
0

300 Liter RON95: Kereta Mana Boleh Pecut Paling Jauh?”

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd