• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Proses Deradikalisasi Malaysia Berjaya

oleh Ahmad Albab
22/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Di usia 53 tahun sejak penubuhan Malaysia pada 16 Sept 1963, negara berjaya mematahkan ancaman dan segala bentuk keganasan yang cuba menular merosakkan demokrasi negara.

Selain mematahkan ancaman sedemikian, sejarah turut membuktikan bahawa negara juga mampu memulihkan atau deradikalisasi anggota yang terpengaruh dengan ideologi berkenaan termasuk komunis, Al-Maunah, Al-Arqam dan banyak lagi kumpulan kecil lain.

Hatijah Am atau dikenali sebagai Ummu Jah, isteri pengasas Al-Arqam Allahyarham Ashaari Muhamad mengaminkan doa sellepas membaca deklarasi taubat bersama pengikut Al-Arqam. Hatijah meninggal dunia pada Okt 2015

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata proses deradikalisasi yang dilaksana kerajaan setakat ini disifatkan berjaya dalam menghapuskan ancaman kumpulan tersebut daripada berulang.

“Juga penting adalah tindakan pencegahan termasuk menggunakan undang-undang sedia ada, pertukaran maklumat antara pasukan keselamatan serta pemantauan terhadap sebarang aktiviti yang boleh mengancam keselamatan sentiasa dilaksanakan,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata Malaysia akan sentiasa berwaspada dan meningkatkan kemampuan pencegahan dan pada waktu yang sama, mengekalkan ketenteraman negara serta mengelakkan ketakutan rakyat.

Baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kejayaan Malaysia dalam melaksanakan proses deradikalisasi atau pemulihan terhadap pengganas dan golongan ekstremis sudah mencapai tahap 95 peratus dan ia mendapat pengiktirafan dunia.

Pengiktirafan itu dilihat apabila Malaysia dipilih oleh Amerika Syarikat untuk menjadi tuan rumah pusat maklumat balas digital serantau bagi memerangi golongan pelampau.

Minggu depan, negara akan menganjurkan persidangan antarabangsa selama dua hari mengenai strategi anti radikalisme dan memerangi keganasan melampau yang disertai beberapa negara termasuk anggota ASEAN bagi berkongsi maklumat dan perbincangan terhadap usaha deradikalisasi serta membendung ancaman keganasan.

Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Waljamaah Malaysia (Aswaja) Zamihan Mat Zin berkata kejayaan kerajaan melaksanakan proses deradikalisasi telah menyelamatkan negara ini daripada pelbagai bentuk ancaman.

Beliau yang juga Pegawai Hal Ehwal Islam, Kementerian Dalam Negeri dan turut terlibat dalam proses pemulihan tahanan mengambil contoh, pada era pelaksanaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada tahun 1960 hingga pemansuhannya, sebanyak 8,883 tahanan berjaya dipulihkan.

“Bagi pengkritik, (ISA) ini zalim tapi nilai yang kita lakukan denga ISA telah banyak menyelamatkan negara daripada mengancam dan merosak ketenteraman awam, dari dulu sampai sekarang,” katanya.

Deradikalisasi adalah istilah yang diambil dari bahasa Inggeris ‘deradicalization’ yang bermaksud sebuah langkah untuk mengubah sikap dan pandangan yang dianggap keras, ekstrem dan radikal menjadi toleran, sederhana dan liberal.

Proses ini dilakukan oleh jabatan atau agensi tertentu seperti Jabatan Penjara Malaysia atau Jabatan Kemajuan Islam Malaysia terhadap tahanan yang terbabit dengan fahaman ekstrem bagi mengubah sikap mereka dan mengelakkan mereka daripada mengembangkan ideologi negatif itu kepada orang lain. – BERNAMA

Tags: Al-Arqam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Keputusan Ikat Jamin CEO GISBH, Isteri Dan 19 Pemimpin Tertinggi 24 Mac

Keputusan Ikat Jamin CEO GISBH, Isteri Dan 19 Pemimpin Tertinggi 24 Mac

17/03/2025
0

KAJANG – Nasib sama ada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH), Nasiruddin Mohd Ali; isterinya, Azura Md...

Didakwa Miliki Hasil Penerbitan Larangan Berkaitan Al-Arqam, Dua Ahli GISBH Akan Kemuka Representasi

Didakwa Miliki Hasil Penerbitan Larangan Berkaitan Al-Arqam, Dua Ahli GISBH Akan Kemuka Representasi

08/01/2025
0

KUALA LUMPUR: Wanita berusia 61 tahun yang juga ahli GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) dan seorang usahawan disyaki ahli pertubuhan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd