• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Poster Filem Monkey King 2 Tiada Manusia Babi!

oleh
08/01/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA — Poster filem epik aksi The Monkey King 2 keluaran Hong Kong, China yang bakal ditayangkan menjelang sambutan Tahun Baharu Cina ini dilaporkan diubah suai khusus hanya untuk pawagam di Malaysia.

Agensi berita antarabangsa AFP melaporkan, perubahan itu ialah ‘menghilangkan’ Zhu Bajie, iaitu tokoh karakter separuh manusia dan separuh babi menerusi poster filem tersebut yang dianggap agak sensitif kepada umat Islam.

Filem terbaharu yang dibintangi bintang ternama, antaranya aktres jelita Gong Li dan aktor kacak Aaron Kwok itu, berdasarkan kepada kisah klasik Cina mengenai seorang pendeta Buddha yang berkelana bersama tiga muridnya.

Salah satu murid sang pendeta Buddha itu ialah Zhu Bajie; lakonan pelakon komedi terkenal China, Xiaoshenyang, berusia 34 tahun; yang wataknya digambarkan sebagai bertubuh badan separuh manusia dan lagi separuh babi.

Pengedar eksklusif filem itu di Malaysia, Golden Screen Cinemas (GSC) bagaimanapun menjelaskan, pemadaman imej karakter Zhu Bajie tidak dilakukan berdasarkan arahan khusus daripada pihak Lembaga Penapisan Filem.

Namun syarikat tempatan itu tidak pula menyatakan alasan di sebalik perubahan kecil pada poster filem tersebut yang bakal disiarkan bermula pada 8 Februari depan iaitu hari pertama musim perayaan Tahun Baharu Cina.

“Syarikat ini ada proses penilaian sendiri untuk ubah suai poster filem agar sesuai dengan keharmonian suasana budaya masyarakat setempat,” terang jurucakap GSC yang tidak dinyatakan namanya ketika dihubungi AFP.

Perubahan karakter Zhu Bajie daripada poster filem itu sebaliknya mengundang pelbagai kritikan menerusi media sosial tempatan dan ada menyifatkan ia sebagai pelik tetapi tidak kurang juga memuji sensitiviti oleh pihak GSC.

Di Pulau Pinang, pihak berkuasa tempatan pernah ‘menarik balik’ sejumlah jongkang-jongket berbentuk kepala babi dari sebuah taman pemainan kanak-kanak pada awal November lalu ekoran protes kuat daripada netizen.

Bahkan pernah berlaku di pusat perniagaan tertentu Malaysia, kasut yang diperbuat daripada kulit babi diberi label peringatan haram dibeli pelanggan Muslim dan dibungkus plastik khas untuk mengelak ia disentuh langsung.

– Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Baca: ‘Babi’ Di Taman Permainan, MBPP Diselar Orang Ramai

Juga: Bata Perjelas Isu 3 Bintik Didakwa Kasut Kulit Babi

Tags: Hong Kong
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki China Bawak ‘Politik’ Ke Kedai Pengurup Wang

Lelaki China Bawak ‘Politik’ Ke Kedai Pengurup Wang

10/04/2026
0

Oleh Mynewshub  SEORANG lelaki warga China dilaporkan mencetuskan kekecohan di sebuah kedai pengurup wang selepas mempertikaikan status mata wang dari...

Harga Petrol Di Hong Kong Cecah RM14 Seliter – Saifuddin Nasution

Harga Petrol Di Hong Kong Cecah RM14 Seliter – Saifuddin Nasution

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan harga petrol negara lain jauh lebih mahal berbanding...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd