• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tunggu Pengesahan Rakyat M’sia Terlibat Serangan Bom Berani Mati

oleh Ahmad Albab
12/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis sedang menunggu pengesahan rasmi sama ada rakyat Malaysia terlibat dalam serangan bom berani mati di Iraq dan Syria, mengakibatkan lebih 30 orang terkorban.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihak berkuasa sedang menunggu laporan rasmi walaupun polis 45 peratus pasti pengebom berkenaan adalah rakyat Malaysia.

“Terdapat laporan mengatakan bahawa pengebom adalah rakyat Malaysia tetapi kita masih menunggu laporan rasmi. Kita perlukan kepastian,” katanya pada sidang media di Bukit Aman pada Selasa.

Tambah Khalid, polis akan terus memantau aktiviti militan di kalangan rakyat Malaysia.

“Kita tahu terdapat rakyat Malaysia di sana dan kita juga telah diberitahu bahawa rakyat Malaysia terlibat sebagai pengebom berani mati sebelum ini,” katanya.

Dalam insiden baru-baru ini, Khalid mendedahkan bahawa seorang remaja lelaki berusia 16 tahun di Sungai Petani menahan seorang wanita menggunakan pisau didakwa dipengaruhi oleh kumpulan militan Negara Islam (IS) menerusi media sosial.

“Lelaki itu berpakaian ala IS semasa dia menahan seorang wanita menggunakan pisau. Dia telah dipengaruhi IS menerusi emel dan media sosial.

“Kita perlu mengenal pasti orang-orang ini. Siasatan mendedahkan bahawa dia tidak berniat untuk mencederakan wanita itu tetapi mahu menunjukkan bahawa dia seorang anggota (kumpulan pengganas) dan dia boleh melakukan apa yang diminta,” katanya. – mStar Online

Tags: Militanpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd