• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Seremban Tahan Juruteknik Peras Ugut Tiga Wanita

oleh Ahmad Albab
21/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Polis menahan seorang juruteknik yang dipercayai terlibat dalam kegiatan memeras ugut tiga wanita di daerah ini, sejak Disember tahun lepas.

Ketua Polis Seremban, ACP Muhamad Zaki Harun berkata tangkapan dibuat di sebuah hotel di bandar ini Jumaat lepas kira-kira pukul 5 pagi.

“Suspek yang mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan kes rogol dan perbuatan memeras, memburu mangsa berumur antara 20-an hingga 30-an, melalui aplikasi media sosial BeeTalk.

“Selepas berkenalan dan semakin intim, mangsa dipujuk memberikan gambar peribadi. Kemudian, suspek memperalatkan gambar diperoleh untuk memaksa mereka menyerahkan wang dan pelbagai barang berharga,” katanya dalam sidang media selepas Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban di sini, Khamis.

Muhamad Zaki berkata pihak polis berjaya menahan juruteknik terbabit berikutan penahanan seorang lelaki yang bertindak sebagai orang tengah kepada suspek pertama dan mangsa.

Suspek kedua itu ditahan Selasa lepas kira-kira pukul 7 petang di Kuala Lumpur.

“Berdasarkan siasatan pihak polis, suspek kedua dipercayai bertindak sebagai orang tengah yang bertanggungjawab mengutip hasil ugutan daripada mangsa.

“Kedua-dua suspek ini menetap di Kuala Lumpur dan hanya ke Seremban untuk bertemu mangsa,” katanya.

Beliau berkata pihak polis turut merampas telefon bimbit, barang kemas, resit transaksi ATM dan sebuah kereta Perodua Axia yang dipercayai milik salah seorang mangsa yang diugut suspek.

Muhamad Zaki berkata kedua-dua suspek yang berusia awal 20-an itu akan dirujuk kepada timbalan pendakwa raya untuk dituduh di mahkamah dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan dan Seksyen 377C Kanun Keseksaan.

Beliau turut mengingatkan semua masyarakat khususnya di daerah ini untuk melaporkan kes-kes sebegini bagi mengelakkan daripada ia terus berleluasa.

“Nasihat kami, orang ramai terutama golongan wanita perlu berhati-hati dan melaporkan pada polis jika berdepan situasi sebegini. Kalau dibiarkan, dikhuatiri individu lain akan jadi mangsa,” katanya.

Beliau tidak menolak kemungkinan ada mangsa lain yang diperdayakan oleh suspek pertama, tetapi malu untuk membuat laporan polis.

Sementara itu, dalam majlis pagi tadi, seramai empat orang awam, dua orang pegawai kanan, dua orang pegawai awam dan 37 anggota pangkat rendah menerima surat penghargaan atas bakti dan jasa yang dicurahkan. – BERNAMA

Tags: Kes Ugutpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd