• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Marin Rampas 50,000 Liter Diesel Disyaki Diseludup

oleh Ahmad Albab
27/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Lima Sarawak merampas 50,000 liter diesel bernilai RM80,000 yang disyaki diseludup dari Labuan dalam serbuan di Kuala Lawas, Lawas, semalam.

Komander PPM wilayah itu, ACP N. Kalai Chelvan berkata dalam serbuan kira-kira 1.45 tengah hari, sepasukan empat anggota daripada PPM Limbang yang sedang menjalankan tugas risik Ops Gelora turut menahan dua orang lelaki disyaki anak kapal bot tunda itu.

Beliau berkata hasil rondaan, anggota pasukan itu menahan sebuah bot tunda berwarna putih yang dalam keadaan mecurigakan dan pemeriksaan mendapati bahagian belakang bot tunda itu diubah suai menjadi sebuah tangki yang mengandungi minyak diesel.

“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati tiada sebarang dokumen berhubung minyak diesel yang dibawa oleh bot tunda itu dan ia diperoleh dari Labuan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kalai Chelvan berkata kesemua minyak diesel serta bot tunda dirampas dan diserahkan kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan Lawas untuk tindakan lanjut berhubung kesalahan mengikut Akta Kawalan Bekalan.

Nilai rampasan diangggarkan RM230,000 iaitu bot tunda (RM150,000) dan minyak diesel 50,000 liter (RM80,000).

Kalai Chelvan berkata laporan polis juga dibuat di Balai Polis Lawas.

Beliau turut mengalu-alukan orang awam dan agensi kerajaan lain menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti jenayah untuk tindakan pencegahan dan pembanterasan.

Sebarang maklumat boleh disalurkan terus ke pejabat PPM Wilayah Lima di talian 082-334111 atau faks 082-344780, katanya. – BERNAMA

Tags: Dieselpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

Perlu Permit Khas Beli Petrol Atau Diesel Lebih 20 Liter Guna Tong

Perlu Permit Khas Beli Petrol Atau Diesel Lebih 20 Liter Guna Tong

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Syarikat, organisasi atau individu yang ingin membeli petrol dan diesel di stesen minyak untuk kegunaan selain tangki...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd