Tuesday, April 30, 2024

Creating liberating content

Muhyiddin Muncul Di Pentas...

SHAH ALAM - Suasana di dewan ballroom aras 2 Hotel Empire Subang dekat...

1,285 Kes Baharu Covid-19,...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 1,285 kes positif Covid-19 dilaporkan hari ini, dengan Selangor...

Isu Rohingya: UMNO &...

KUALA LUMPUR - Perbezaan ideologi politik tidak menghalang UMNO dan PAS untuk berada...

Lelaki Goreng, Makan Kaki...

SEORANG lelaki di Ukraine bukan sahaja tergamak membunuh teman wanitanya, tetapi sanggup makan...

Petugas Badan Amal Didakwa Subahat Lari, Kurung Buruh Asing

KUALA LUMPUR – Seorang petugas sebuah badan amal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Selayang hari ini atas pertuduhan bersubahat melarikan dan mengurung seorang buruh warga Bangladesh bulan lepas.

Salina Karim, 51, didakwa bersubahat dengan tiga lelaki lain untuk melarikan dan mengurung secara rahsia dan salah terhadap Salim Tageiaahamad, 24, di Kampung Melayu Batu 16, Rawang, Gombak, Selangor pada 12.30 tengah hari, 26 Dis lepas.

Tertuduh, yang tidak diwakili peguam, didakwa mengikut Seksyen 365/109 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Majistret Asyida Abd Rahim@Ibrahim membenarkan Salina diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan syarat tambahan dengan melarang tertuduh mendekati atau mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan.


Mahkamah menetapkan 17 Feb ini untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya K. Vasugi.- BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori