• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Permaisuri Johor Sumbang RM20,000 Kepada 2 Pelajar UTM Hidapi Kanser

oleh Ahmad Albab
06/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah hari ini berkenan menyumbang RM20,000 kepada dua pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang masing-masing menghidap kanser usus dan testis tahap empat.

Pelajar itu ialah Mohd Khairul Afnan Mohd Zaki, 21, pelajar tahun dua Sarjana Muda Kejuruteraan Awam dan Mohamad Syafiq Zulkefli, 20, pelajar tahun tiga Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (Automotif).

Sumbangan itu disampaikan dalam pertemuan hampir sejam antara Raja Zarith Sofiah dengan Mohamad Syafiq dan bapa Mohd Khairul Afnan, Mohd Zaki Yaacob, 49, di Pejabat Naib Canselor UTM, di sini hari ini.

Dalam pertemuan itu, Raja Zarith Sofiah sempat memberikan kata-kata semangat serta menasihatkan mereka.

“Kalau sakit pergi jumpa doktor, dengar nasihat mereka. Jangan nak fikir sorok penyakit, kalau penyakit dapat dikesan pada tahap awal mungkin dapat usaha untuk merawat. Selain itu, kena selalu positif, kuatkan semangat, jangan putus asa dan ikhtiar apa yang boleh,” nasihat baginda.

Baginda turut menyarankan mereka agar mencari alternatif lain dalam mengubati penyakit kanser termasuk mengamalkan rawatan tradisional dan mengambil makanan seperti durian belanda dan teh hijau yang dipercayai boleh merawat kanser.

Sementara itu, Mohd Syafiq berkata dia terharu dengan keprihatinan Raja Zarith yang bersimpati terhadap nasib yang menimpanya.

Katanya, penyakitnya mula menunjukkan simptom pada Mac tahun lalu apabiladia mengalami bengkak di bahagian perut.

“Saya kerap berulang alik ke Hospital Sultanah Aminah sejak itu d an setelah membuat rawatan dan pembedahan susulan, doktor memberitahu ia (penyakit) sudah merebak ke bahagian paru-paru dan jantung,” kata anak kedua daripada lima beradik berasal dari Kulim, Kedah itu.

Mohd Shafiq berkata, meskipun ditimpa musibah, dia buat masa ini tetap meneruskan pengajian di UTM namun merancang akan menangguhkannya pada semester depan sementara mendapatkan rawatan lanjut.

“Saya sudah biasa dengan penyakit ini. Memang sentiasa sakit tetapi saya tidak kisah sangat dan teruskan belajar seperti biasa, melainkan sakit yang teramat sangat. Saya kuatkan diri kerana saya percaya saya masih ada harapan,” katanya.

Mohd Zaki pula berkata penyakit kanser usus anaknya (Mohd Khairul Afnan) dikesan setelah menjalani pembedahan apendiks tahun lepas.

“Selepas pembedahan, anak saya masih mengadu sakit perut dan apabila diperiksa, doktor mengesahkan ada ketumbuhan lain di bahagian usus.

“Akibat penyakit itu, anak saya mengalami kesukaran membuang air besar dan kecil selain cepat berasa letih,” katanya yang berasal dari Jeli, Kelantan.

Mohd Zaki berkata, dia akan menggunakan duit sumbangan itu untuk membawa anaknya menjalani rawatan kimoterapi dalam tempoh terdekat. – BERNAMA

Tags: kanser
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rumah RM1 Uncle Kentang Percuma Untuk Waris, Pesakit Kanser

Rumah RM1 Uncle Kentang Percuma Untuk Waris, Pesakit Kanser

19/07/2024
0

PUTRAJAYA - Waris dan pesakit kanser yang menerima rawatan di Institut Kanser Negara (IKN) di sini, berpeluang untuk mendiami Rumah...

MP PAS Bimbang Menu Rahmah Dedah Pengguna Pada Risiko Kanser, Autisme

MP PAS Bimbang Menu Rahmah Dedah Pengguna Pada Risiko Kanser, Autisme

16/02/2023
0

Mendakwa tidak ada masalah dengan jenama "Rahmah" yang diperkenalkan kerajaan, seorang ahli parlimen pembangkang mengaitkan kualiti makanan dengan kemungkinan risiko...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd