• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perlombongan Bauksit Wajar Dihenti Jika Terus Cemari Sungai

oleh Ahmad Albab
07/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Perlombongan bauksit di Kuantan, Pahang wajar dihentikan sekiranya aktiviti itu menyebabkan sungai tercemar sehingga boleh mendatangkan keburukan kepada sistem bekalan air bersih dan hidupan lain, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Beliau berkata ini kerana pencemaran sungai memberikan kesan jangka panjang kepada kesihatan manusia dan ia mengambil masa bertahun-tahun untuk dikenal pasti.

Dr Subramaniam menasihatkan penduduk di Kuantan agar tidak meminum air sungai yang telah dicemari bauksit sama ada secara terus atau dimasak kerana ia mengandungi logam berat dan boleh mendatangkan kesan buruk kepada kesihatan.

“Saya ingin menasihati orang ramai (di Kuantan) untuk minum air terawat yang didapati selamat diminum dan jangan makan ikan dari sungai,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan amanat tahun baharu kementerian di sini hari ini.

Beliau berkata kementeriannya juga sedang memantau bagi memastikan sistem bekalan air bersih di kawasan sekitar Kuantan tidak terjejas.

Ketika diminta mengulas mengenai laporan yang mengatakan penduduk yang terdedah debu bauksit dalam tempoh lama berisiko menghidap penyakit Alzheimer, Dr Subramaniam berkata: “Semua jenis logam membawa kesan jangka panjang tetapi ia mengambil masa beberapa lama untuk menampakkan kesannya.”

Beliau berkata keputusan Kabinet mengenakan moratorium ke atas semua aktiviti perlombongan bauksit di Pahang selama tiga bulan adalah satu langkah yang penting.

Katanya sekiranya sungai itu akan dicemari kerana perlombongan bauksit, maka pelombongan sepatutnya diharamkan sepenuhnya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman berkata pihak kementerian sedang menunggu keputusan analisis kimia bagi menentukan kesan terhadap manusia dan hidupan air.

Terdahulu, Dr Subramaniam ketika menyampaikan amanatnya berkata kementerian akan melaksanakan Perkhidmatan Perawatan Domisiliari (PPD) bagi memenuhi keperluan pesakit yang memerlukan jagaan kejururawatan jangka panjang selepas dibenarkan keluar awal daripada hospital.

“Sebagai permulaan, pelaksanaan PPD difokuskan kepada aspek perawatan dan rehabilitasi dengan pasukan asas di klinik-klinik kesihatan terpilih di seluruh negara,” katanya sambil menambah terdapat 160 pasukan PPD sekarang. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]jEYEmw9U_C4[/wpdevart_youtube]

Tags: bauksit
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Aktiviti Melombong, Eksport Bauksit Boleh Diteruskan

19/02/2019
0

TEMPOH moratorium kegiatan perlombongan dan pengeksportan bauksit dari Pahang yang akan berakhir pada 31 Mac depan tidak akan dilanjutkan, umum...

Perlu Tegas Pastikan Tiada Perlombongan Bauksit Berjalan

11/09/2018
0

KUANTAN - Kerajaan negeri Pahang diminta tegas melakukan penguatkuasaan dalam mengawal selia aktiviti perlombongan bauksit berikutan pengumuman pengeluaran lesen eksport...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd