• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penurunan Kuasa: Adenan Jumpa Najib Rabu Depan

oleh Ahmad Albab
16/01/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SIBU – Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem akan berjumpa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Rabu depan bagi menyelesaikan perkara berkaitan penurunan kuasa kepada kerajaan negeri Sarawak.

Semasa berucap merasmikan Program Sejiwa Senada 2016 Bahagian Sibu di sini, hari ini, Adenan berkata Sarawak mahu agar dikembalikan kuasa pentadbiran yang pernah dimilikinya dan diambil kerajaan pusat memandangkan ia penting bagi pembangunan negeri itu khasnya kepada penduduk di luar bandar.

Katanya dalam perjumpaan itu juga, beliau akan membangkitkan lagi mengenai peningkatan royalti minyak kepada Sarawak memandangkan kadar lima peratus sekarang terlalu kecil.

Menurut beliau perbincangan mengenai perkara terbabit akan memakan masa namun percaya ia akhirnya akan dipersetujui kerajaan pusat.

Justeru, beliau mahu rakyat memberi tempoh lima tahun lagi kepada beliau dan Barisan Nasional (BN) untuk memimpin Sarawak agar perkara itu dapat dicapai bagi kepentingan semua.

Sehingga kini, kata Adenan, kerajaan pusat telah bersetuju untuk tidak mengeluarkan lesen perikanan laut dalam di kawasan perairan Sarawak tanpa merujuk kepada kerajaan negeri terlebih dahulu.

Katanya kerajaan pusat juga telah bersetuju supaya dalam masa tiga tahun lagi 90 peratus daripada tenaga guru di negeri itu adalah rakyat negeri ini sendiri selain peruntukan kontrak tahunan bernilai RM2.1 bilion Petronas kepada syarikat-syarikat dari negeri Sarawak.

Sepanjang tempoh dua tahun menjadi Ketua Menteri, Adenan berkata terdapat 50 perkara yang telah dilaksanakannya, termasuk penghapusan tol, pengurangan tarif elektrik dan pembinaan Lebuhraya Pan Borneo.

Katanya dalam tempoh 50 tahun, Sarawak telah ketinggalan dalam banyak perkara dan beliau mahu menyelesaikannya dengan menumpukan kepada kawasan luar bandar agar kemiskinan antara kawasan itu dengan kawasan bandar dapat dirapatkan.

“Beri saya lima tahun lagi. Jika kalian beri saya mandat besar (pada pilihan raya negeri ke-11), saya boleh bertegas dengan Kuala Lumpur dan beritahu mereka apa yang kita mahu,” katanya.

Adenan berkata rakyat Sarawak boleh menghakimi beliau dalam masa lima tahun lagi.

“Kalau saya tidak bagus, kalian semua boleh singkir saya. Saya tidak berhasrat memegang jawatan terlalu lama kerana saya akan menjadi terlalu tua bagi jawatan ini,” katanya, sambil menambah beliau yakin rakyat Sarawak tahu apa yang perlu mereka lakukan pada PRN-11 nanti.

Lebih 30,000 pengunjung memeriahkan perasmian program tiga hari itu yang bermula semalam.

Objektif penganjuran program Sejiwa Senada itu adalah untuk meningkatkan keyakinan rakyat kepada kerajaan dan meningkatkan kerjasama antara kedua-dua pihak serta menyampaikan perkhidmatan terus kepada rakyat. – BERNAMA

Tags: Adenan SatemNajib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd