• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penjenayah Geng Mamak Mati Ditembak

oleh Ahmad Albab
23/01/2016
dalam Jenayah
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAIPING – Seorang anggota Geng Mamak mati ditembak, manakala dua lagi ditahan selepas kenderaan dinaiki mereka merempuh beberapa kereta polis di Plaza Tol Changkat Jering, petang semalam.

Ketua Polis Perak Datuk Osman Salleh berkata bertindak atas maklumat kes samun di Rasah, Negeri Sembilan pagi semalam, sepasukan anggota Cawangan Jenayah Berat (D9) dan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Taiping terserempak dengan kereta Volkswagen Passat dinaiki suspek di lokasi kejadian.

“Suspek yang enggan memberhentikan kenderaan setelah diarah, bertindak merempuh kereta polis, dan polis terpaksa melepaskan tembakan sehingga mengenai bahagian rusuk pemandu.

“Suspek yang terbunuh berusia 38 tahun, manakala dua ditahan masing-masing berusia 31 dan 33 tahun. Kesemua mereka berasal dari Perak dan mempunyai rekod jenayah lampau,” katanya pada sidang media di sini lewat malam tadi.

Osman berkata semasa kejadian itu, sebuah kereta jenis BMW 5 Series dipercayai rakan suspek tiba di kawasan tersebut dan cuba merempuh kereta polis sebelum terlepas daripada kepungan.

Beliau berkata BMW itu kemudian ditemukan tanpa pemandu serta penumpang di Kilometer 237.7 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah Selatan dan pemeriksaan menjumpai beberapa barangan seperti sepucuk pistol jenis Barreta Semi Auto, vest polis, parang, 20 set plat kenderaan, satu gari dan dua walkie talkie.

Pemeriksaan ke atas kereta Volkswagen dipercayai disamun di Bukit Raja, Klang, Selangor tahun lepas itu pula menemukan wang tunai RM2,400, selain beberapa barangan termasuk plat kenderaan, sebilah parang serta topi dengan lambang polis.

“Polis percaya dapat menumpaskan kumpulan Geng Mamak yang melakukan pelbagai jenayah seperti samun, pecah rumah dan mencuri kenderaan mewah di beberapa negeri.

“Sehingga Januari ini, sebanyak 25 kes dilakukan kumpulan terbabit di Perak, Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan membabitkan kerugian dianggarkan RM2.4 juta,” katanya, sambil menambah tiga kereta polis rosak dalam kejadian itu.

Polis turut mengucapkan terima kasih kepada orang awam kerana memberi maklumat sehingga dapat menumpaskan satu kumpulan yang aktif dan berbahaya ini, katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]1Gy4cGjFyn4[/wpdevart_youtube]

Tags: penjenayah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penjenayah Ditembak Mati Di Jitra Ada 40 Kes Jenayah

Penjenayah Ditembak Mati Di Jitra Ada 40 Kes Jenayah

05/07/2025
0

JITRA: Seorang daripada dua penjenayah yang maut selepas berbalas tembakan dengan polis di susur masuk Lebuhraya Utara Selatan berdekatan Bandar...

Rakaman CCTV Penjenayah Pecah Masuk Kediaman Sebelum Ditembak Mati Tular

Rakaman CCTV Penjenayah Pecah Masuk Kediaman Sebelum Ditembak Mati Tular

14/03/2025
0

KUALA LUMPUR: Satu video memaparkan empat penyamun memasuki sebuah rumah di Desa Vista, di Sepang sebelum tiga daripada mereka ditembak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd