• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengubahsuaian Bajet 2016 Tidak Jejas Jaringan Sosial Rakyat

oleh Ahmad Albab
22/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pengubahsuaian Bajet 2016 sama sekali tidak akan menjejaskan jaringan keselamatan sosial rakyat, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Johari Abdul Ghani.

“(Pemberian) subsidi bersasar seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan pendidikan, tidak akan ditamatkan,” katanya selepas merasmikan pembukaan galeri jualan Bukit Bintang City Centre (BBCC) di sini, hari ini.

Mengulas langkah Bank Negara Malaysia Nisbah Keperluan Rizab Berkanun (SRR) institusi perbankan kepada 3.5 peratus daripada 4.0 peratus, berkuatkuasa 1 Februari ini, Johari menyifatkannya sebagai wajar bagi mewujudkan kecairan atau mudah tinai dalam negara.

“Bagi saya, berdasarkan anggaran, sebanyak RM6.0 bilion akan dapat diserapkan ke dalam pasaran yang mampu mewujudkan lebih banyak aktiviti,” katanya.

Sementara itu, menurut syarikat konsortium BBCC Development Sdn Bhd (BBCCD), fasa pertama projek BBCC dengan gabungan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM4.0 bilion, siap untuk dilancarkan menjelang suku kedua 2016.

BBCCD ditubuhkan bagi pembangunan semula kawasan bekas Penjara Pudu berkeluasan 7.85 hektar dengan pemegang sahamnya adalah UDA Holdings Bhd dan Eco World dengan kepentingan masing-masing 40 peratus dan selebihnya oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Merujuk pembabitan Bumiputera dalam projek BBCC itu, beliau berkata konsortium berkenaan sudah memulakan usaha menyenaraikan kontraktor Bumiputera, termasuk syarikat tersenarai untuk menyertai projek pembangunan itu. – BERNAMA

Tags: Bajet 2016kementerian kewangan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Had Bulanan Budi95 Cuma 150 Liter Akibat Masalah Teknikal – MOF

Had Bulanan Budi95 Cuma 150 Liter Akibat Masalah Teknikal – MOF

01/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Kewangan (MOF) memaklumkan paparan had bulanan Budi Madani RON95 (BUDI95) cuma 150 liter disebabkan masalah teknikal....

Penjelasan Kementerian Kewangan Mengapa Bekalan Minyak Belum Pulih

Penjelasan Kementerian Kewangan Mengapa Bekalan Minyak Belum Pulih

25/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Laman media sosial Kementerian Kewangan (MoF) menerusi satu hantaran hari ini menerangkan mengapa bekalan minyak masih belum...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd