• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penduduk Gempar Jumpa Bangkai Pesawat Di Pantai Besut

oleh Ahmad Albab
02/02/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

BESUT – Penduduk Kampung Beting Lintang, dekat sini gempar dengan penemuan satu objek didakwa serpihan bangkai pesawat di pantai Beting Lintang dekat Kampung Raja di sini petang semalam.

Difahamkan serpihan bangkai pesawat itu dijumpai seorang tukang rumah ketika sedang berjalan di situ bersama anaknya.

Penemuan serpihan itu sekali gus menimbulkan spekulasi ia mungkin milik pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang hampir dua tahun lalu.

Lelaki yang menemui serpihan itu, Zakaria Muhammad, 26, ketika ditemui berkata, ketika menemui serpihan logam besar itu tidak terlintas dalam fikirannya ia adalah bangkai pesawat MH370 yang hilang dua tahun lepas.

“Bagaimanapun, setelah merapati objek sebesar kira-kira dua meter panjang di samping melihat akan bentuk dan warnanya, baharulah terlintas ia mungkin ada kaitan dengan pesawat (MH370) yang hilang sebelum ini.

“Apabila saya menariknya keluar dari air, saya bertambah yakin dan dapati objek itu merupakan kepingan logam tahan karat aluminium,” katanya kepada Bernama.

Zakaria berkata terdapat beberapa individu dipercayai terlibat dalam bidang penerbangan telah datang melihat serpihan itu hari ini dan mereka mendakwa serpihan berkenaan dipercayai sebahagian daripada enjin pesawat.

Pesawat MH370 hilang ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014 dengan membawa 239 penumpang termasuk 12 anak kapal.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Besut, Supt Khaled Che Lah diketika dihubungi mengesahkan menerima laporan penemuan objek yang didakwa serpihan pesawat berkenaan.

Menurut Khaled, pihaknya telah menghantar anggotanya ke lokasi itu untuk memeriksa dan mengawal objek berkenaan dan ia akan dibawa pulang ke Ibu Pejabat Polis Daerah Besut di sini secepat mungkin.

“Kami belum dapat sahkan apakah serpihan logam itu yang sebenarnya tetapi dakwaan mengatakan ia menyerupai bahagian enjin pesawat.,” kata Khaled lagi. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]l8aBIj_aoVU[/wpdevart_youtube]

Tags: pesawat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pesawat AS Terhempas Di Laut China Selatan: China Sedia Bantu

Pesawat AS Terhempas Di Laut China Selatan: China Sedia Bantu

27/10/2025
0

BEIJING: Kementerian Luar China menyatakan kesediaan memberikan bantuan kemanusiaan kepada Amerika Syarikat (AS), susulan insiden dua pesawat Tentera Laut AS...

Pesawat Patah Balik Kerana Bau Pelik

Pesawat Patah Balik Kerana Bau Pelik

10/05/2024
0

MOSCOW - Pesawat Boeing 747-8 milik syarikat penerbangan Jerman, Lufthansa ke Chicago terpaksa berpatah balik ke Frankfurt pada Khamis akibat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd