• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemimpin PAS Ada Ikut Agama Ke? – DAP

oleh Ahmad Albab
19/01/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – DAP menuduh pemimpin PAS tidak menerima ajaran Islam yang tepat oleh guru-guru mereka kerana tidak menunjukkan akhlak seperti seorang ahli agama yang sewajarnya.

Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua mendakwa, pemimpin PAS menonjolkan sikap bukan ahli agama kerana masih mendabik dada walaupun selepas mengakui memfitnah Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

“Jelas dah mengaku membuat tuduhan tanpa asas. Katanya dah kesal dan tarik balik. Kena bayar kos lagi kepada Ketua Menteri Pulau Pinang (Guan Eng).

“Tapi selepas tu, mendabik dada antara pemimpin PAS. Dah fitnah orang, tak menunjuk perasaan kesal langsung, tapi mengucap tahniah pula. Akhlak dan tabiat sebegini, ada ikut agama ke? Siapa yang ajar?” katanya melalui laman Facebook beliau semalam.

Kenyataan Tony Pua memperlekehkan tahap agama pemimpin PAS itu turut dikongsi oleh pemimpin Melayu DAP, Dyana Sofya Mohd. Daud di laman Facebook beliau hari ini.

Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz semalam memuji ketegasan Ketua Penerangan parti itu, Nasrudin Hassan Tantawi dalam berhadapan saman fitnah oleh Guan Eng selaku Ketua Menteri Pulau Pinang.

Kata Nik Mohamad Abduh, Nasrudin telah bertindak tegas dengan tidak memohon maaf dan menarik balik artikelnya yang mendedahkan kepincangan ketidaktelusan kerajaan DAP Pulau Pinang pada tahun 2014.

Nasrudin semalam mendedahkan Guan Eng terpaksa membuat tawaran sebanyak dua kali kepada beliau supaya kes saman fitnah membabitkan isu ‘Penang Tunnel’ tidak diteruskan di mahkamah.

Tawaran pertama, kes diselesaikan di luar mahkamah dengan permohonan maaf oleh Nasrudin dan penarikan balik artikel berkenaan tetapi Nasrudin enggan memohon maaf.

Tawaran kedua oleh Guan Eng supaya kes diselesaikan di luar mahkamah bagaimanapun diterima oleh Nasrudin kerana tidak perlu memohon maaf dan menarik balik artikel berkenaan.

Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang mahu menyaman Nasrudin kerana mendakwa pemimpin PAS itu memfitnah beliau berhubung isu projek terowong dasar laut dilakukan secara rundingan terus.

Bagaimanapun, beliau membuat keputusan untuk menyelesaikan perkara itu di luar mahkamah atas sebab-sebab tertentu. – MYNEWSHUB.CC

Tags: DAPPAS
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Mentaliti Masyarakat Malaysia Tumpu Perkara Remeh – TMJ

Next Post

Air Minuman Dibaca Ayat Al-Quran Tidak Boleh Dijual Lagi?

Related Posts

‘PN Sedia Berdepan 3 Atau 4 Penjuru Pada PRK Ayer Kuning’

‘PN Sedia Berdepan 3 Atau 4 Penjuru Pada PRK Ayer Kuning’

10/04/2025
0

KOTA BHARU: Perikatan Nasional (PN) bersedia berdepan pertembungan tiga atau empat penjuru pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri...

Gobind Pengerusi Baharu DAP, Guan Eng Dilantik Penasihat, Loke Kekal Setiausaha Agung

Gobind Pengerusi Baharu DAP, Guan Eng Dilantik Penasihat, Loke Kekal Setiausaha Agung

16/03/2025
0

SHAH ALAM: Lim Guan Eng gagal mempertahankan jawatannya sebagai Pengerusi Kebangsaan DAP pada mesyuarat pertama Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) baharu,...

Next Post

Air Minuman Dibaca Ayat Al-Quran Tidak Boleh Dijual Lagi?

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd