• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembersihan Sisa Bauksit Dijangka Selesai Awal Februari – Bomba

oleh Ahmad Albab
22/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerja-kerja pembersihan sisa bauksit di Kuantan, Pahang dijangka selesai awal Februari, kata Ketua Pengarah Bomba dan Penyelamat Datuk Wan Mohd Noor Ibrahim.

Beliau berkata setakat ini, 30 peratus daripada kawasan yang tercemar dengan sisa bauksit telah dibersihkan.

“Kita berjaya bersihkan kira-kira lima peratus sehari dan kita jangka kerja pembersihan selesai awal bulan depan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Kawalan Kecemasan PLC Group di sini, hari ini.

Wan Mohd Noor berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kerja-kerja pembersihan sisa bauksit oleh pihak bomba di Kuantan.

Sementara itu, beliau berkata satu prosedur operasi standard (SOP) perlu diwujudkan bagi memastikan kawasan berkenaan tidak dicemari sisa bauksit selepas kerja pembersihan selesai dilakukan.

“Jika kawasan lombong bauksit itu akan beroperasi lagi selepas ini, satu SOP baru perlu diwujudkan supaya kawasan itu bebas daripada pencemaran sisa bauksit,” katanya.

Semalam, Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang Morni Mamat dilaporkan berkata laluan sepanjang 30 kilometer Jalan Pintasan Kuantan menghala ke pelabuhan sudah dibersihkan daripada sisa bauksit dalam tempoh seminggu kerja-kerja pembersihan dilakukan.

Katanya, laluan itu meliputi Kampung Padang di Bukit Goh hingga ke kawasan perindustrian Gebeng di sini.

Morni berkata operasi pembersihan dijalankan setiap hari bermula pukul 8 pagi dan berakhir pada pukul 2 petang, sejak dimulakan pada 14 Jan lalu. – BERNAMA

Tags: bauksitBomba
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Macam Ini Pun Ada….Jari Tersepit Butang Flush Tandas

Macam Ini Pun Ada….Jari Tersepit Butang Flush Tandas

05/05/2026
0

PETALING JAYA – Tindakan pantas anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia berjaya menyelamatkan seorang wanita yang mengalami insiden jari tersepit...

Bomba Terpaksa Dipanggil Bantu Hantar Lelaki 350kg Ke Hospital

Bomba Terpaksa Dipanggil Bantu Hantar Lelaki 350kg Ke Hospital

31/01/2026
0

ALOR GAJAH: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka membantu menghantar seorang lelaki obes seberat 350 kilogram ke Hospital Alor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd