• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelan Transformasi MIC Mampu Kembalikan Keyakinan

oleh Ahmad Albab
03/01/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Setelah berdepan kemelut dalaman parti yang berlarutan, MIC yang kini mantap dengan barisan pemimpin baharu berikrar akan menerajui transformasi masyarakat India dalam bidang pendidikan dan ekonomi.

Beberapa pemimpin tertinggi MIC yakin dan percaya pelan transformasi yang dilakar di bawah kepimpinan Presiden MIC, Datuk Seri Dr S.Subramaniam, yang menang tanpa bertanding pada 21 Ogos lepas, mampu mengembalikan keyakinan masyarakat India terhadap parti berkenaan supaya terus relevan.

Dr Subramaniam berkata parti itu telahpun menubuhkan Majlis Pembangunan Pendidikan Masyarakat India dan Majlis Pembangunan Ekonomi Masyarakat India bagi merealisasikan matlamat berkenaan.

“Banyak program akan dipergiatkan oleh kedua-dua jawatankuasa itu termasuk memperkasa ekonomi bagi usahawan kaum India, khususnya usahawan kecil dan sederhana (PKS) supaya dapat menjana pendapatan pada skala yang lebih besar,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri S.K Devamany memberitahu Bernama, parti yang berusia 69 tahun itu kini berada di landasan yang betul selepas mengharungi pelbagai rintangan dan cabaran, termasuk mengharungi kes mahkamah berhubung isu pemilihan dalaman parti tahun lepas.

Beliau berkata dua jawatankuasa yang ditubuhkan bagi memperkasa bidang ekonomi dan pendidikan adalah hasil usaha barisan kepimpinan baharu dalam tempoh tujuh minggu selepas dipilih pada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi MIC pada 6 November lepas.

“Kedua-dua jawatankuasa ini bukan sahaja terdiri daripada anggota MIC tetapi juga pakar dan individu yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang ekonomi, pendidikan dan sosial,” katanya kepada Bernama. – BERNAMA

Tags: Dr S. SubramaniamMIC
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

BN Negeri Sembilan Bertanding Semua 36 Kerusi DUN – Jalaluddin

BN Negeri Sembilan Bertanding Semua 36 Kerusi DUN – Jalaluddin

06/06/2026
0

JELEBU - Barisan Nasional (BN) akan bertanding di kesemua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN)...

Pemuda BN Seru Bangsa Johor Terus Beri Mandat Kukuh Kepada BN

Pemuda BN Seru Bangsa Johor Terus Beri Mandat Kukuh Kepada BN

04/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Pemuda Barisan Nasional (BN) Johor menyeru Bangsa Johor tanpa mengira kaum, agama dan latar belakang untuk terus...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd