• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelajar Patah 2 Kaki Dihempap Dinding Konkrit

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Seorang pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan Beaufort patah kedua-dua kaki apabila dihempap dinding konkrit yang runtuh di sekolahnya di Beaufort pagi tadi.

Ketika kejadian yang berlaku kira-kira pukul 8.10 pagi, pelajar tersebut, Mohd Riduan Fitri Ramli sedang bermain bersama tiga rakannya sebelum struktur itu yang merupakan sebahagian daripada sebuah pondok yang tidak digunakan lagi, runtuh dan menghempap mangsa.

Ketua Polis Daerah Beaufort DSP Azmir Abd Razak ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan pelajar berkenaan dibawa ke Hospital Queen Elizabeth 2 (HQE2) di sini untuk rawatan.

Pengarah Pendidikan Sabah Datuk Jame Alip yang ditemui di hospital itu berkata beliau kesal dengan kejadian yang menimpa Mohd Riduan Fitri.

“Kita minta semua sekolah supaya meruntuhkan mana-mana struktur konkrit atau memagarkan bangunan sekolah yang tidak digunakan sebagai kawasan larangan demi keselamatan pelajar,” katanya.

Bagaimanapun, tiga rakan mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan, katanya.

Sementara itu, bapa saudara mangsa Jefferi Abd Rahman, 49, berkata Mohd Riduan Fitri, anak ketiga daripada 12 adik-beradik, dalam keadaan stabil ketika dibawa ke HQE2 dan ditemani bapanya Ramli Abd Rahman, 54.

Mangsa tiba di hospital berkenaan kira-kira pukul 4 petang tadi.

“Dia (mangsa) dalam keadaan sedar dan menangis juga kerana kesakitan. Betis kiri dan paha kanannya patah dan akan disimen,” katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]Gq3OHt4LxTc[/wpdevart_youtube]

Tags: pelajar
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Fadhlina Arah Audit Segera, Tiada Pihak Dilindungi Susulan Kematian Pelajar Di Sekolah

Fadhlina Arah Audit Segera, Tiada Pihak Dilindungi Susulan Kematian Pelajar Di Sekolah

26/09/2026
0

KUALA PILAH - Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek mengarahkan Jemaah Nazir menjalankan audit segera susulan kematian seorang murid Tingkatan...

Asyraf Wajdi Mohon Doakan 2 Pelajar MRSM Hilang Berjaya Ditemui

Asyraf Wajdi Mohon Doakan 2 Pelajar MRSM Hilang Berjaya Ditemui

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki meminta orang ramai mendoakan dua pelajar Maktab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd