• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mangsa Gilis Terima Sumbangan Kaki Palsu, Ditaja Pergi Umrah

oleh AK-47
22/01/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELAJAR tingkatan satu yang putus kedua-dua kaki akibat digilis lori pasir ketika pulang dari sekolah pada Isnin lalu, bakal menerima sumbangan sepasang kaki palsu daripada Biro Kebajikan UMNO.

BACA: Mangsa Gilis Lori: “Kaki Adik Boleh Tumbuh Balik Tak?”

Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi Biro Kebajikan UMNO, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, Selangor, pagi Rabu.

“Kaki palsu ini akan diberikan kepada Siti Nuraisyah selepas dia sembuh dan kita juga akan terus memantau keadaannya,” kata beliau lagi.

azeez

Menurut Abdul Azeez yang juga Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Siti Nuraisyah dan kedua ibu bapanya juga bakal menerima tajaan menunaikan umrah.

Selain itu, Abdul Azeez turut menyampaikan amanah dari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang bermurah hati menghulurkan sumbangan peribadi berjumlah RM10,000 kepada mangsa.

Terdahulu, media tempatan melaporkan kedua-dua kaki Siti Nuraisyah putus setelah digilis oleh sebuah lori dari arah bertentangan selepas dia terjatuh dari motosikal.

Sebelum itu, motosikal diboncengnya terbabas akibat digesel sebuah kereta Kancil yang cuba memotong motosikal ditunggangi kakak tirinya, Shamin Amirah Roslan, 14.

Pelajar-Hilang-Kaki-Dilanggar-Lori1

Dua beradik tiri itu dikatakan dalam perjalanan pulang dari Sekolah Menengah Kebangsaan Bagan Terap menuju ke rumah mereka di Parit 16, Sungai Panjang, Sabak Bernam, Selangor.

Kejadian yang berlaku petang Isnin ini menimbulkan simpati seluruh masyarakat Malaysia apabila gambar mangsa dalam keadaan terduduk atas jalan raya selepas kemalangan menjadi viral di media sosial. – MYNEWSHUB.CC

Tags: digilislori pasir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Peserta RXZ Members Digilis Lori

Peserta RXZ Members Digilis Lori

22/08/2025
0

PEKAN - Perjalanan seorang pekerja ladang dipercayai ke Kuala Terengganu untuk menyertai program RXZ Members 7.0 berakhir tragedi apabila lelaki itu...

Tiada Unsur Jenayah Libatkan Warga Taiwan Maut Digilis LRT – Polis

Tiada Unsur Jenayah Libatkan Warga Taiwan Maut Digilis LRT – Polis

06/06/2025
0

SHAH ALAM - Tiada sebarang unsur jenayah dikesan dalam insiden membabitkan seorang lelaki warga Taiwan yang maut digilis tren Transit...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd