• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pasukan Khas Siasat ‘Sultan Melaka’

oleh Ahmad Albab
07/01/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

Melaka – Polis Melaka menubuhkan pasukan siasatan khas mengenai seorang lelaki yang mengaku dirinya sebagai Sultan Melaka.

Siasatan mengikut Akta Hasutan 1948 itu dijalankan berikutan laporan daripada Pejabat Ketua Menteri.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata siasatan akan dijalankan di sekitar Lembah Klang bagi mendapatkan bukti selain mengesan saksi atau individu berkaitan kes berkenaan.

“Kita juga sedang mengesan lelaki yang mengaku sebagai Sultan Melaka itu untuk merakam percakapannya selain penerima pingat atau darjah daripada beliau,” katanya.

Shaikh Abdul Adzis berkata polis sudah menerima laporan dibuat Pejabat Ketua Menteri Melaka terhadap ahli perniagaan Noor Jan Tuah, 58, yang mendakwa dirinya Sultan Melaka di Balai Polis Ayer Keroh kira-kira jam 10.30 pagi, 30 Disember lalu.

Awal tahun lalu, Noor Jan pernah dikenakan tahanan reman oleh Mahkamah Rendah Melaka bagi membantu siasatan kes dirinya sebagai Sultan Melaka.

Isu Noor Jan kembali hangat setelah gambar beliau mengadakan majlis pengurniaan darjah kebesaran kepada beberapa individu dan aktivis menjadi viral di media sosial.

Antara yang dikurniakan darjah kebesaran membawa gelaran datuk ialah Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia, Abdul Rani Kulup Abdullah.

Sementara itu, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron berkata Noor Jan perlu menghormati perkembangan serta perundangan negeri dan negara ini dan tidak memburukkan suasana keharmonian sedia ada.

“Isu ini menyentuh urus tadbir sebuah negeri…sebuah negara yang berdaulat dan merdeka.

“Perkara ini bukan bahan jenaka dan setiap rakyat perlu mendukung perlembagaan negara,” katanya. – BERNAMA

Tags: polissultan melaka
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Amyra Rosli Nafi Cemburu Dengan Emma Maembong

Next Post

Bayi Meninggal Dunia Di Taska Tiada Kaitan Unsur Jenayah

Related Posts

Polis Melaka Cadang Kertas Kerja Haram Jualan Vape

Polis Melaka Cadang Kertas Kerja Haram Jualan Vape

27/05/2025
0

MELAKA – Polis Melaka sedang menyiapkan kertas kerja bagi cadangan mengharamkan penjualan rokok elektronik atau vape sebelum dibentangkan kepada kerajaan...

Nahas FRU: Polis Perak Dedah Ada Pihak Cuba Menangguk Di Air Keruh

Nahas FRU: Polis Perak Dedah Ada Pihak Cuba Menangguk Di Air Keruh

27/05/2025
0

GERIK – Polis Perak mendedahkan terdapat pihak yang cuba mengambil kesempatan dengan mengeksploitasi dan memanipulasi waris mangsa anggota Pasukan Simpanan...

Next Post

Bayi Meninggal Dunia Di Taska Tiada Kaitan Unsur Jenayah

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd