• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mukhriz Gagal Tadbir Kedah? PAS Dah Lama Bagi Tau..

oleh Ahmad Albab
23/01/2016
dalam Hangat, Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – PAS Kedah menyatakan sokongan secara tidak langsung ke atas desakan UMNO Kedah supaya Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir meletak jawatan bagi digantikan dengan individu yang lebih layak dalam mentadbir.

Pesuruhjaya PAS Kedah, Dr. Ahmad Fakhruddin Syeikh Fakhrurazi berkata, PAS Kedah sudah lama beranggapan anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad itu gagal dalam memimpin kerajaan Kedah.

“Dakwaan bahawa Mukhriz telah gagal mengurus tadbir negeri secara berkesan sebagai antara sebab UMNO Kedah hilang kepercayaan terhadap beliau membenarkan dakwaan PAS selama ini terhadap kerajaan negeri pimpinannya (Mukhriz),” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Sehubungan itu, Ahmad Fakhruddin berkata, PAS Kedah menyarankan Mukhriz mengadap Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah untuk menasihatkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Ia adalah formula terbaik untuk menghadapi kemelut yang berlaku,” katanya.

UMNO Kedah semalam mengumumkan hilang kepercayaan terhadap Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah dan Pengerusi UMNO negeri.

Perkara itu diumumkan Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah selepas perjumpaan tertutup pemimpin UMNO negeri di Grand Alora Hotel, Alor Setar.

Seramai 14 Ketua UMNO Bahagian di kedah hadir kecuali Jerlun, Padang Terap dan Kulim Bandar Baharu yang menghantar Timbalan Ketua bahagian masing-masing sebagai wakil.

Mukhriz pada 8 November lalu pernah menyatakan kesediaan mengundurkan diri daripada jawatannya itu.

Beliau memberi jaminan akan memberi laluan kepada mana-mana pemimpin UMNO untuk memegang jawatan tersebut selagi pengganti berkenaan mampu meyakinkan rakyat Kedah untuk meraih kemenangan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Bagaimanapun, Mukhriz memberi reaksi berbeza semalam apabila membayangkan beliau tidak akan melepaskan jawatan itu meskipun diminta berbuat demikian oleh seluruh pimpinan UMNO Kedah. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Mukhriz MahathirPAS
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Putus Pergelangan Kaki Digilis Kereta Di Ipoh

Next Post

Gambar Palsu ‘I Want To Touch A Pig’ Tersebar

Related Posts

PAS Mahu Hadi Kekal Sebagai Presiden

PAS Mahu Hadi Kekal Sebagai Presiden

05/07/2025
0

KOTA BHARU: PAS mahu mengekalkan Tan Sri Abdul Hadi Awang sebagai presiden parti dan akan dizahirkan pada Muktamar Tahunan PAS...

‘PN Sedia Berdepan 3 Atau 4 Penjuru Pada PRK Ayer Kuning’

‘PN Sedia Berdepan 3 Atau 4 Penjuru Pada PRK Ayer Kuning’

10/04/2025
0

KOTA BHARU: Perikatan Nasional (PN) bersedia berdepan pertembungan tiga atau empat penjuru pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri...

Next Post

Gambar Palsu 'I Want To Touch A Pig' Tersebar

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd