• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pahang Catat 91 Kes Demam Denggi 9 Hari Pertama Tahun Ini

oleh Ahmad Albab
12/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Sebanyak 91 kes demam denggi telah direkodkan dalam tempoh sembilan hari pertama tahun ini di Pahang dengan daerah Kuantan mencatatkan jumlah kes paling tinggi iaitu 42 kes.

Bagaimanapun ia mencatatkan penurunan 17 kes berbanding 108 kes yang direkod dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Menurut Pengarah Kesihatan Negeri Pahang Datuk Dr Zainal Ariffin Omar sehingga Sabtu lepas daerah Kuantan menyumbang 42 peratus daripada jumlah kes, diikuti diikuti Temerloh 17 kes (18.7 peratus), dan Bentong lapan kes (8.8 peratus).

“Maran pula mencatatkan lapan kes (8.8 peratus), Jerantut lima kes (5.5 peratus), Bera empat kes (4.4 peratus), Raub tiga kes (3.3 peratus), Rompin dua kes (2.2 peratus), manakala Pekan, Lipis dan Cameron Highlands masing-masing mencatatkan satu kes,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, Zainal berkata dalam tempoh yang sama juga sebanyak 9,066 premis telah dilakukan semburan kabus serta 1,488 premis telah dibubuh abate bagi memusnahkan jentik-jentik sebagai tindakan pencegahan dan kawalan kes demam denggi.

Pada masa sama, katanya sebanyak tiga kompaun dengan nilai RM1,500 telah dikenakan di seluruh negeri ini, manakala enam Notis Seksyen 8 juga telah dikeluarkan bagi arahan kerja pembersihan dan pemusnahan tempat berpotensi pembiakan aedes.

Selain itu beliau turut meminta orang ramai mengambil langah-langkah pencegahan seperti melakukan kegiatan gotong-royong sekurang-kurangnya 10 minit seminggu untuk memusnahkan kawasan pembiakan nyamuk serta menggunakan bahan penghindar nyamuk ketika berada di luar rumah.

Orang ramai juga diminta segera mendapatkan rawatan di klinik atau hospital sekiranya mengalami demam panas yang tinggi secara tiba-tiba disertai sakit kepala, badan atau sendi.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataannya semalam berkata fenomena El Nino yang melanda negara ini boleh menyebabkan peningkatan kes denggi sehingga 50 peratus berikutan cuaca panas, kering dan suhu tinggi.

Beliau berkata fenomena itu, yang dijangka berterusan sehingga Mac ini di seluruh negara, akan menyebabkan kitaran hidup nyamuk Aedes daripada telur ke peringkat nyamuk dewasa semakin singkat iaitu kurang dari tujuh hari, sekali gus menyebabkan populasi nyamuk meningkat. – BERNAMA

Tags: denggiPahang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

ATM Junjung Titah Tengku Mahkota Pahang, Perkukuh Penyelarasan Latihan Ketenteraan

ATM Junjung Titah Tengku Mahkota Pahang, Perkukuh Penyelarasan Latihan Ketenteraan

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjunjung kasih atas keprihatinan serta titah Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam...

Tengku Mahkota Pahang Titah ATM Dapatkan Perkenan Sultan Sebelum Latihan Ketenteraan Di Pahang

Tengku Mahkota Pahang Titah ATM Dapatkan Perkenan Sultan Sebelum Latihan Ketenteraan Di Pahang

24/05/2026
0

KUANTAN - Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan kebimbangan terhadap aktiviti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd