• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Operasi Pembersihan Kawasan Terjejas Bauksit Bermula

oleh Ahmad Albab
14/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Operasi pembersihan kawasan yang terjejas akibat perlombongan bauksit di sini bermula hari ini, selaras dengan arahan yang dikeluarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang Datuk Abdul Wahab Mat Yassin berkata lebih 100 orang orang terlibat dalam operasi itu, termasuk 21 kakitangan jabatan berkenaan dari empat balai bomba sekitar Kuantan, melibatkan tujuh jentera berkuasa besar.

Turut terlibat dalam operasi yang bermula pukul 10 pagi itu ialah Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Alam Flora Sdn Bhd dan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), katanya.

“Hari ini, kerja pembersihan akan dilakukan di jalan raya dan kawasan taman perumahan di Jalan Sungai Lembing sebelum dilanjutkan ke tempat lain selepas tempoh moratorium bermula esok.

Kerja-kerja pembersihan melibatkan papan tanda, papan tunjuk arah, tiang lampu dan termasuk pencucian permukaan jalan,” katanya kepada pemberita semasa ditemui di Taman Kampung Padang 2 di sini, hari ini.

Abdul Wahab berkata secara keseluruhan operasi pembersihan jalan raya terjejas teruk adalah di Jalan Kuantan-Pelabuhan, Jalan Bukit Goh, Jalan Bukit Kuantan, Jalan Sungai Lembing, Jalan Kuantan Bypass, Jalan Gebeng Bypass, Jalan Jerangau-Jabor dan Jalan Bukit Sagu-Cherul.

Beliau memaklumkan tempoh operasi ialah selama sebulan, namun optimis kerja pembersihan boleh diselesaikan dalam jangka masa lebih singkat dengan kerjasama baik daripada semua pihak.

Pihak bomba juga mengalu-alukan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau badan sukarelawan yang berminat untuk menyertai operasi ini bagi supaya operasi berakhir lebih cepat, tambahnya.

“Kita akan memaklumkan kepada pengusaha kedai makan di tepi-tepi jalan terlibat dengan operasi. Mereka juga boleh memberitahu masa mereka tidak berniaga bagi memudahkan kerja pembersihan dilakukan,” katanya.

Sementara itu Pengarah SWCorp negeri Datuk Mohd Nor Afandi Abd Aziz berkata sebanyak 25 taman perumahan telah dikenal pasti untuk tujuan pembersihan, selain di kawasan sekitar Gebeng, yang menjadi laluan ke Pelabuhan Kuantan.

“Koordinasi mengenai operasi pembersihan akan dibuat berdasarkan keperluan. Operasi akan dilakukan selama sebulan bermula pukul 9 pagi hingga 1 tengah hari,” katanya.

Semalam, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan memberitahu perdana menteri telah mengeluarkan arahan itu dalam mesyuarat Kabinet setelah mengambil maklum keluhan penduduk di Kuantan yang terjejas dengan perlombongan bauksit. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]F6dAh99sLlE[/wpdevart_youtube]

Tags: bauksit
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Aktiviti Melombong, Eksport Bauksit Boleh Diteruskan

19/02/2019
0

TEMPOH moratorium kegiatan perlombongan dan pengeksportan bauksit dari Pahang yang akan berakhir pada 31 Mac depan tidak akan dilanjutkan, umum...

Perlu Tegas Pastikan Tiada Perlombongan Bauksit Berjalan

11/09/2018
0

KUANTAN - Kerajaan negeri Pahang diminta tegas melakukan penguatkuasaan dalam mengawal selia aktiviti perlombongan bauksit berikutan pengumuman pengeluaran lesen eksport...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd