Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

“Suka Hati Saya Nak...

SEJAK semalam tular rakaman video memaparkan seorang wanita dilihat mempertahankan tindakannya untuk berkahwin...

JPJ Perak Buka Tender...

IPOH - Orang ramai boleh mula membida nombor plat kenderaan siri AKU yang...

Mukhriz Tidak Layak Jadi...

JITRA – Anggota Parlimen Kubang Pasu Datuk Seri Mohd Johari Baharum menyifatkan tindakan...

KKM Sedia Panduan Pencegahan...

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) membangunkan panduan pencegahan dan pengurusan Covid-19 di Pusat Pemindahan...

Naza Euro Sasar Jualan 90 Unit Citroen C4 Picasso Baharu

PUTRAJAYA – Naza Euro Motors Sdn Bhd menyasar menjual sehingga 90 unit Citroen C4 Picasso yang baru dilancarkannya, dalam tempoh 12 bulan akan datang.

Pengurus Besarnya, Lionel P Jaya Singhe berkata model tersebut yang berharga RM148,888 tidak termasuk insurans, disasarkan kepada pembeli dalam kalangan keluarga bersaiz sederhana.

“Ia adalah model baharu dan kami menjangka jualan yang baik, itulah sebabnya mengapa kami menetapkan semula harga kereta itu di bawah RM150,000 untuk
disasarkan bagi pasaran yang lebih besar,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan model tersebut di sini, hari ini.

Beliau juga menjangka jumlah jualan bagi semua model Citroen tahun ini mencecah 300 unit, peningkatan hampir separuh daripada jumlah 180 unit yang dijual tahun lepas.

Bagi meningkatkan jualan, Lionel berkata, syarikat itu kini berusaha untuk membawa masuk lebih banyak model menarik dan mampu milik ke dalam pasaran, dengan Naza menjangka melancarkan dua lagi model pada bulan depan.


Model tersebut yang dikuasakan enjin suntikan 1.6 liter dengan ‘twin-scroll turbocharger’ yang menghasilkan 165 PS dengan kilas 240Nm, telah memenangi pelbagai anugerah di Eropah.

Ia tampil dengan empat warna menarik, hitam, putih, biru dan kelabu beserta jaminan lima tahun. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]S22Sapac9qA[/wpdevart_youtube]

  • Lagi berita berkaitan:
  • Naza

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori